butir beras | butir beras | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur benda bermotif butir beras. beras tumpah |
beras tumpah | beras tumpah | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur benda bermotif butir beras. Sinonim: butir beras. |
Rice | beras | Pertanian | Agronomi | Biji padi (Oryza sativa) yang telah diproses dan dibuang kulitnya, meninggalkan endosperma untuk menghasilkan beras yang dimakan sebagai makanan ruji. Beras putih ialah beras yang telah dikisar sehingga kulit arinya diasingkan, manakala beras perang pula tidak dikisar dan masih mempunyai kulit ari. |
rice polish | sosohan beras | Veterinar | Tiada | Bahagian luar beras yang terhasil apabila beras dikilatkan semasa diproses. Bahagian ini berwarna putih dan mengandungi protein, mineral, vitamin dan minyak yang lebih tinggi berbanding dengan beras kerana terdapat lapisan aleuron dan sedikit dedak yang termasuk di dalamnya. |
kelarai beras patah | kelarai beras patah | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur makanan berbentuk seperti beras patah yang dianyam menggunakan dua warna sahaja. |
Pamor Beras Wutah | Pamor Beras Wutah | Keris | Tiada | Pamor yang mempunyai corak yang berbentuk seperti beras tumpah. |
Broken rice | Beras pecah | Pertanian | Agronomi | Beras yang telah terpisah sebahagian dari butirannya sama ada semasa di ladang, semasa pengeringan atau semasa pengilangan. Peratus beras pecah semasa di kilang adalah antara 12 hingga 20 tetapi semasa diproses peratusan dikurangkan kepada 4 % untuk menghasilkan beras yang tinggi kualitinya. Bila dimasak beras pecah menghasilkan nasi yang lembik. Beras pecah biasanya digunakan untuk makanan ternakan atau bahan membuat tepung beras. |
polished rice | beras ceruh | Veterinar | Tiada | Beras yang dikilang atau dibersihkan sehingga selaput yang menutup biji dipisahkan. Beras ini mengandungi jumlah kanji yang tinggi manakala kandungan proteinnya pula kurang dari 5%. Beras ini merupakan sumber tenaga yang baik untuk manusia dan juga ternakan. Walau bagaimanapun, beras ini mengandungi kandungan vitamin B kompleks yang rendah kerana kebanyakannya telah dikeluarkan sewaktu proses pengilangan. |
Brown rice | Beras perang | Pertanian | Agronomi | Beras yang dihasilkan dengan proses yang mengasingkan hanya bahagian luar kulit biji padi atau sekam padi dan meninggalkan lapisan dalam (bran) biji itu. Beras ini berwarna perang da berbeza dengan warna putih bagi beras yang dibuang lapisan bran. Beras perang lebih tinggi dalam kandungan vitamin dan mineral berbanding dengan beras putih. |
brown rice | beras perang | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Beras yang mempunyai germa dan keseluruhan brannya setelah dibuang kulit luar atau lapisan sekamnya semasa dikilang. Beras ini kaya dengan vitamin dan mineral. Beras perang memerlukan masa yang lebih panjang untuk dimasak berbanding beras putih. |