pallasite | palasit | Geologi | Tiada | 1. Sebarang batuan ultramafik, sama ada yang berasal mula meteorit atau yang berasal mula terestrial, yang mengandung hampir 60 peratus besi jika berasal mula meteorik atau mengandungi lebih oksida besi berbanding dengan silika jika berasal mula terestrial. 2. Meteorit besi-berbatu yang terdiri daripada hablur olivin yang terbundar atau teretak di dalam rangkaian nikel-besi. |
endogenous nitrogen | nitrogen endogen | Veterinar | Tiada | Nitrogen yang berasal dari tubuh haiwan atau nitrogen yang bukan berasal dari makanan. Dalam najis, bahan ini terdiri daripada sel-sel mati dari permukaan usus, bakteria dan protozoa serta enzim-enzim yang tidak dapat diserap. |
primary peridium | peridium primer | Biologi | Mikologi | Selaput yang tidak berasal daripada tisu jasad buah yang diselaputinya, tetapi berasal daripada miselium vegetatif biasan yang menyelaputi primordium jasad buah pada peringkat awal pembezaan. |
polar front | perenggan kutub | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan yang berasal dari tropik. Perenggan ini separa kekal, dan separa berterusan, dan menjadi tempat terbentuknya kebanyakan gangguan siklon latitud tengah. |
cementoblast | simentoblas | Perubatan | Tiada | Sel yang membentuk matriks organik simentum, yang peringkat awal pembentukannya berasal dari sak gigi tetapi selepas simentosis berasal dari sel membran periodontium. |
polar front | perenggan kutub | Geologi | Tiada | Perenggan semiselanjar dan semitetap yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika. |
polar front theory | teori perenggan kutub | Geologi | Tiada | Teori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya. |
polar front theory | teori perenggan kutub | Sains | Hidrometeorologi | Teori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya. Teori ini memulakan suatu era baru analisis atmosfera, dan menjadi asas kepada ramalan cuaca dan meteorologi sinoptik yang paling praktis sehingga kini. Teori ini diasaskan oleh kumpulan ahli meteorologi Scandinavia. |
afferent nerve | saraf aferen | Perubatan | Tiada | Saraf yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf pusat. Saraf yang berasal daripada kulit, otot dan sendi disebut saraf aferen soma, manakala yang berasal dari visera disebut saraf aferen visera. |
ray | ruji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Agregat sel yang mengunjur secara jejari dalam xilem dan floem. terdapat dua jenis sel ruji, iaitu ruji primer yang berasal daripada tisu primer dan berkembang mengikut pertumbuhan kambium, dan ruji sekunder yang berasal daripada kambium selepas pembentukan xilem sekunder. Ruji sekunder tidak mengunjur ke dalam sehingga ke kawasan empulur. |