stump | tunggul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggul adalah berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu tidak berbanir. |
stump wood | kayu tunggal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggal berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu yang tidak berbanir. |
normal diameter | garis pusat normal | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Anggaran diameter pada aras dada bagi pokok setelah berbanir. diameter normal |
felling series | siri tebangan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Aras pada batang kayu yang digunakan sebagai tanda untuk dipotong semasa penebangan. Aras ini berbeza-beza mengikut bentuk pangkal pokok. Misalnya, pokok yang berbanir seperti merbau mempunyai aras tebangan yang lebih tinggi. |
felling point | aras tebangan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketinggian pada batang kayu yang digunakan sebagai tanda untuk dipotong semasa penebangan. Aras ini berbeza-beza mengikut bentuk pangkal pokok. Misalnya pokok yang berbanir seperti merbau mempunyai aras tebangan yang lebih tinggi. |
spring board, staging, jigger | papan penebang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan pendek berukuran lebih kurang 1 m panjang yang digunakan untuk memudahkan proses menebang pokok pada paras yang tidak tercapai dari aras permukaan tanah. Papan penebang ini disarung dengan besi pada satu hujung, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam takik pada batang pokok untuk memudahkan penebang berdiri. Papan ini digunakan semasa menebang pokok yang berbanir tinggi seperti kayu merbau atau tualang. |