eloquence | kepetahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepastian atau kepetahan berbicara. |
beduan | beduan | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Watak perantara yang boleh berbicara dengan makhlukhalus yang meresap ke dalam tubuh Tok Halak atau bomoh dalam persembahan tarian ritual orang asli yang dipanggil sewang. Upacara sewang merupakan satu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubati penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. 2. Pemain ensembel muzik yang menggunakan alat daripada jenis tabuh. Beduan memukul gendang dengan jari sambil menyanyi dengan menghalakan muka ke dalam gendang atau rapat ke tepi gendang. Beduan biasanya mengiringi majlis kenduri atau majlis sambutan tertentu. Beduan hanya terdapat di Perlis dan Kedah. |
over | over | Komunikasi | Tiada | Istilah yang digunakan dalam komunikasi antara perseorangan melalui alat walkie- talkie untuk mengatur giliran berbicara. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, b |
duologue | duolog | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Adegan atau babak yang menampilkan dialog antara dua orang pelakon sahaja. 2. Dua watak yang berbicara tanpa didengar oleh watak lain. |
interpersonal attraction | tarikan interpersonal | Psikologi | Psikologi Umum | Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan |