seminar | seminar | Pendidikan | Tiada | 1. Perjumpaan pelajar untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu topik kerja kelompok dan mempersembahkannya untuk dinilai oleh guru. |
omniscience point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang berbincang atau mempersembahkan bahan-bahan ceritanya seolah-olah ia mengetahui segala-galanya. |
consultation | perundingan | Sejarah | Tiada | 2. Pertemuan antara dua pihak yang bertentangan untuk berbincang dan berunding dalam menyelesaikan masalah antara kedua-duanya. |
conference method | kaedah sidang | Pentadbiran | Tiada | Kaedah latihan yang memerlukan individu yang mempunyai kepentingan bersama berbincang dan cuba menyelesaikan masalah. |
buzz group | kumpulan buzz | Pendidikan | Tiada | Kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 6 orang ahli berbincang untuk menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang singkat. Kemudian kumpulan ini akan bercantum dengan kumpulan kecil yang lain menjadi kumpulan yang lebih besar untuk menyelesaikan masalah yang sama. |
memorandum of understanding (MOU) | memorandum persefahaman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu perjanjian atau persetujuan yang dicapai oleh dua atau lebih pihak yang berbincang untuk mencapai objektif atau tujuan yang sama demi kebaikan kedua-dua belah pihak atau pelbagai pihak yang terlibat. Biasanya bentuk perjanjian atau persetujuan atau persefahaman ini didokumentasikan untuk tujuan rujukan. MOU bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian kata sepakat dalam bidang perniagaan tetapi juga lain-lain bidang, misalnya perjanjian damai antara negara, penambahbaikan bidang akademik atau pendidikan dan sebagainya. |
video conferencing | persidangan video | Komunikasi | Tiada | Sistem yang menggunakan teknologi satelit yang membolehkan pihak-pihak yang berada di tempat yang berasingan mengadakan mesyuarat atau berbincang antara satu sama lain melalui skrin. |
town-meeting democracy | demokrasi kota | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens, Greek pada tahun 500-321 SM. Demokrasi ini diamalkan secara langsung iaitu penduduk berbincang terhadap sesuatu isu dan mengundi secara terbuka. Dalam demokrasi ini, rakyat berpeluang memberi pendapat dan menyuarakan bantahan tanpa halangan serta tidak ada perwakilan digunakan. Walau bagaimanapun terdapat juga halangan penglibatan demokrasi ini kepada golongan tertentu seperti wanita dan hamba. Lihat juga demokrasi langsung. |
request for comments (RFC) | mohon komen (RFC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822. |
lurking | lengai | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Keadaan seseorang yang mengikuti sesuatu perbincangan secara dalam talian dengan hanya membaca dan memerhati tanpa mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap kurang sopan kerana mereka mungkin mendalami sesuatu sebelum aktif berbincang. |