lie detector | pengesan bohong | Psikologi | Psikologi Umum | Alat yang digunakan untuk mengesan perubahan dalam badan akibat perubahan emosi indvidu (khususnya perasaan bersalah akibat berbohong). Alat ini dikenali sebagai poligraf. Alat ini mengukur atau merekod perubahan dalam kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan respons kulit atau perpeluhan. Semasa menggunakan poligraf, beberapa persoalan dikemukakan untuk mengukur aras respons dalam keadaan biasa. Selepas itu, beberapa soalan yang berkaitan dengan emosi akan ditanya secara berselang-seli untuk memastikan sama ada suspek bercakap benar atau sebaliknya. Kebolehpercayaan alat ini diragui kerana dalam keadaan tertentu mesin tersebut gagal membezakan antara orang yang bercakap benar atau tidak. Emosi suspek dalam kebanyakan kes sukar dikesan kerana tabiat atau pengalaman mereka yang boleh mengawal perasaan dengan baik. Kadangkala, orang yang tidak bersalah boleh dikatakan berbohong kerana perubahan yang dikesan oleh alat tersebut akibat rasa takut dan gemuruh ketika disoal dan bukannya kerana sebab berboh |
الملاعن | peli‘an | Agama Islam | Fiqh | Suami isteri yang bersumpah dengan nama Allah agar Allah melaknat dirinya jika ia berbohong menuduh isterinya berzina. |
lie detector | pengesan bohong | Psikologi | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengesan perubahan dalam badan akibat perubahan emosi individu (khususnya perasaan bersalah akibat berbohong). Alat ini dikenali sebagai poligraf. Alat ini mengukur atau merekod perubahan dalam kadar jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan respons kulit atau perpeluhan. |
encounter group | kelompok pertemuan | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan yang memberi peluang kepada individu yang saling tidak mengenali bertemu dan melahirkan masalah serta rasa kekecewaan mereka. Kelompok ini memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan diri kerana boleh berkomunikasi dan melahirkan perasaan secara jujur. Penekanan dalam kelompok ini ialah peserta perlu mengelak daripada berbohong dan berselindung diri. Contohnya, mangsa trauma yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan berkumpul dan melahirkan perasaan yang dialami secara jujur dan terbuka. |