mounded onlapping | pelapikan maraan berbonggol | Geologi | Tiada | Tiada |
bossed bone plague | loh tulang berbonggol | Sejarah | Tiada | Ukiran yang dibuat pada tulang binatang berbentuk bulat atau bujur yang ditemui di Italy dan Malta pada 2000 SM. |
cumulus cloud | awan kumulus | Kejuruteraan | Tiada | Tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol. |
pseudophysis | pseudofisis | Biologi | Mikologi | Struktur yang menyerupai parafisis, misalnya pada Cyphellaceae, Aleurodiscus, dan Coprinus. Struktur ini berdinding tipis, licin, berbonggol, bersimpul, dan berbuku. |
Balbiani ring | cecincin Balbiani | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian kawasan tertentu kromosom gergasi kelenjar liur (politen) serangan Diptera yang berbonggol berbentuk cincin dan berasal daripada kawasan yang berlainan menurut jujukan kegiatan tertentu kromosom. Di bahagian ini juga terdapat longgokan RNA yang dipercayai menjadi tanda kegiatan sesuatu gen yang dapat dilihat. |
clubbing | jari belantan | Perubatan | Tiada | Ketaknormalan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung seperti tombol atau kayu pemukul gendang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung dan penyakit pernafasan. |
clubbed fingers/toes | jari belantan | Perubatan | Tiada | Kecacatan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung pada garis bujur dan garis lintang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung sianotik, bronkiektasis dan sirosis hati. Sin: jari tombol |
blow | sembur keluar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pelekangan setempat yang berlaku pada papan lapis akibat pengumpulan tekanan stim semasa operasi penekanan panas. Stim ini mungkin terhasil daripada kandungan lembapan venir yang tinggi, lepa perekat yang berlebihan, atau penggunaan suhu penekan yang terlalu tinggi. Tekanan stim yang berlebihan menyebabkan papan lapis berbonggol. |