painted bulletin | buletin bercat | Komunikasi | Korporat | Sejenis pengiklanan jalanan yang bersaiz 13.5 tinggi x 16 m lebar yang mesej pengiklanannya dicat secara manual. Pengiklanan ini diperagakan di lokasi lalu lintas utama untuk sesuatu tempoh masa. Tujuan pengiklanan ini adalah untuk menarik tumpuan khalayak terhadap mesej iklan yang dihasilkan melalui penggunaan warna dan hasil seni kreatif. Pengiklanan ini biasanya dihasilkan dengan menggunakan kepingan vinil yang mengandungi mesej iklan yang dipasang pada struktur papan iklan jalanan. Terdapat dua jenis peragaan buletin bercat, iaitu secara tetap atau mudah alih. Peragaan secara tetap berlaku untuk tempoh jangka masa panjang dengan kadar minimum selama 12 bulan. Bagi peragaan secara mudah alih, buletin ini ini akan diperagakan dari satu lokasi ke satu lokasi lain dalam tempoh satu hingga tiga bulan bagi setiap lokasi. |
stop board | papan penahan | Sukan | Tiada | Papan bercat putih yang diperbuat daripada kayu atau logam yang diletakkan di tepi bulatan yang menghala ke sektor pendaratan, bagi menahan kaki hadapan ketika melontar dalam acara lontar peluru. |
scling | bersisik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal permukaan bercat yang mengalami keretakan dan pengelupasan akibat tindakan luluhawa. Lembapan memasuki celah-celah retak pada lapisan cat dan merosakkan sifat pelekatannya, serta mengakibatkan lapisan cat pecah, menyisik dan tertanggal. |
gloss | kilatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal ciri pembalikan cahaya dari permukaan yang bercat atau bersalut. Pengelasannya adalah berdasarkan jumlah cahaya yang dibalikkan dan nilainya disukat dengan meter kilatan. Kelas �amat kilat� mempunyai nilai pada meter kilatan melebihi 75 unit. Kelas �separa kilat� mempunyai nilai pada meter kilatan sekitar 30 hingga 75 unit, dan kelas �tidak kilat� mempunyai nilai yang kurang daripada lima unit. |
crawling | kerayapan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal lapisan cat atau varnis yang masih basah yang mengalir dan meninggalkan suatu kawasan kecil di permukaan bercat atau bervarnis dan menyebabkan kawasan tersebut tidak bersalut. Kejadian ini berlaku akibat amalan menyapu cat atau varnis pada permukaan yang terlalu kilat, berminyak atau berlilin. |