ramp | tanjakan | Landskap | Tiada | Laluan bercerun ya ng menyambungkan d ua paras permukaan yang berbeza untuk memudahkan pergerakan kerusi roda dan kerusi sorong. |
pediment | pedimen | Geologi | Tiada | Permukaan batuan bercerun landai yang menganjur jauh dari sebuah dataran tinggi atau gunung di kawasan gersang atau separa gersang, yang terbentuk dari penggondolan, terutamanya hujan yang lebat atau hujan ribut. |
canyon | ngarai | Hidrologi | Tiada | Lurah dalam yang bercerun tinggi dan curam dan biasanya ada sebuah sungai mengalir di sepanjang dasarnya. Sin.: jurang. |
frontal surface | permukaan perenggan | Geografi | Tiada | Satah sempadan bercerun atau permukaan yang memisahkan dua jisim udara yang menunjukkan ciri - ciri meteorologi yang berbeza. |
frontal surface | permukaan perenggan | Geologi | Tiada | Satah sempadan bercerun atau permukaan yang memisahkan dua jisim udara yang menunjukkan ciri - ciri meteorologi yang berbeza. |
foreslope | cerun depan | Geologi | Tiada | Bahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya ke kedalaman kira-kira 10 fatom. |
reef slope | tebing terumbu | Perikanan | Tiada | Kawasan terumbu yang bercerun dan curam yang terletak berhampiran dengan kawasan hamparan terumbu, yang terdiri daripada batu-batan dan ketulan mineral semula jadi. Pinggir kawasan terumbu yang curam ini menjadi tempat tumpuan pelbagai spesies ikan rekreasi. |
pyramidal peak | puncak piramid | Geografi | Tiada | Kemuncak gunung terasing yang bercerun sangat curam dibentuk melalui pertumpuan dinding belakang sirk. |
glacis | glasis | Geografi | Tiada | 2. Cerun yang landai atau tebing yang bercerun landai. |
gara | gara | Geografi | Tiada | Istilah Arab bagi bukit batuan terpencil yang bercerun curam dan bahagian atasnya datar. |