Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdarah

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
body temperaturesuhu badanVeterinarPraklinikalKehangatan badan yang menjadi petanda kesihatan. Suhu badan menjadi petunjuk utama demam apabila melebihi paras normal. Pada amnya; haiwan terbahagi kepada dua kumpulan; iaitu haiwan berdarah sejuk dan haiwan berdarah panas. Haiwan berdarah sejuk seperti invertebrata; reptilia; amfibia dan ikan mempunyai suhu badan mengikut suhu persekitaran. Manakala haiwan berdarah panas pula seperti mamalia dan burung mempunyai suhu badan yang tetap tanpa dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Suhu badan haiwan boleh disukat melalui rektum.
bleeding timetempoh perdarahanPerubatanTiadaJangka masa luka mula berdarah hingga berhenti berdarah. Jangka masa ini dipengaruhi oleh konstriksi pembuluh darah dan mekanisme penggumpalan darah.
bleedberdarah; jujuh; rembesPerubatanTiada3. Berdarah: Aliran darah dari tisu ke luar, akibat kecederaan kapilari, arteri atau vena.
bleeding playerpemain cedera berdarahSukanTiadaPemain yang mengalami kecederaan berdarah.
blood bin ruleperaturan cedera berdarahSukanTiadaPeraturan yang menetapkan pemain yang cedera berdarah diarah keluar oleh pengadil untuk menerima rawatan. Pemain tersebut boleh bermain semula setelah menerima rawatan, dan pemain yang menggantikannya semasa mendapat rawatan tidak dikira sebagai pemain ganti.
haemorrhagic feverdemam berdarahPerubatanTiadaKumpulan penyakit yang disebabkan oleh virus, dicirikan oleh demam, sakit kepala, mialgia, sakit belakang, konjunktivitis, simptom berdarah dan leukositosis sederhana.
bleedberdarah; jujuh; rembesKejuruteraanTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesPerubatanTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesGeografiTiadaTiada
bleedberdarah; jujuh; rembesPertanianTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas