ballad opera | opera balada | Kesenian | Tiada | Opera berdialog menggunakan lagu popular semasa dengan lirik baru. |
monodrama | monodrama | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Persembahan seni drama yang hanya menggunakan seorang pelakon yang berdialog di atas pentas kepada penonton. Contohnya, drama Emily of Emerald Hillkarya Chin San Sui. 2. Persembahan seni drama yang aksi dan kisahnya hanya berlaku dalam pemikiran seorang wataknya. Contoh drama monolog ialah Bukan Bunuh Diri(1979) karya Dinsman. |
two-hander | drama dua watak | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mempunyai dua watak sahaja yang berdialog. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
theatrical style | gaya keteateran | Kesenian | Drama dan Teater | Olahan persembahan yang mengaplikasikan teknik teater sama ada pada gaya penataan pentas atau gaya berdialog. |
hermenueutics | hermenueutika | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan t |
steal the thunder | curi tepukan | Kesenian | Drama dan Teater | Perlakuan seseorang pelakon yang ingin mendapatkan perhatian penonton ketika pementasan teater. Contohnya, melakukan sesuatu aksi yang menonjol semasa pelakon lain sedang berdialog. |
ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Pui |
wayang golek | wayang golek | Muzik | Tiada | Teater patung kayu tiga dimensi yang berasal dari Sunda dan daerah utara Cirebon di Jawa Timur. Ceritanya merangkumi epik India seperti Mahabharata dan Ramayana serta Serat Menak yang mengisahkan kehidupan Amir Hamzah, bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Patung ini dimainkan oleh seorang dalang yang menyanyi, berdialog dan bercerita di belakang sebuah rak kayu. Wayang golek diiringi ensembel gamelan. |
low comedy | riawara kasar | Komunikasi | Korporat | Jenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kan |