idtirar | terpaksa | Perniagaan Islam | Tiada | Keadaan yang menyebabkan individu mukalaf terpaksa mendapatkan perlindungan dengan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Keterpaksaan berkaitan hak Allah s.w.t. adalah tidak berdosa, manakala yang berkaitan manusia akan menyebabkan wujudnya tanggungan sivil. Contohnya, individu yang merosakkan harta benda pihak lain kerana terpaksa demi memelihara keselamatan diri, walaupun tidak berdosa terhadap Allah tetapi harus bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut. |
ندب | nadb | Agama Islam | Fiqh | Sunat; sesuatu jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. |
poesy/poetry | puisi | Kesusasteraan | Puisi | Hasil karya sastera berbentuk puisi yang diciptakan oleh seseorang penyair. Contohnya, puisi "Anak Asia" karya Baha Zain. Meski hitam atau kuning warna kulitnya bayi itu tak berdosa untuk diwariskan keganasan atau diajar apa ertinya kehidupan dengan cara pembunuhan atau dibesarkan dengan susu berbau mesiu di bawah bayang-bayang sepatu perang |
jus ad bellum | jus ad bellum | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Undang-undang yang memberikan hak kepada sesebuah negara untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Di bawah teori perang adil ciptaan gereja yang terpakai di Eropah selama beberapa kurun dahulu, sesebuah negara Kristian hanya boleh berperang sekiranya negara tersebut boleh memberikan kewajaran untuk berperang. Sekiranya perang tersebut tidak wajar dilakukan, maka anggota tentera Kristian yang berperang akan dianggap berdosa. Kini, Piagam PBB melarang penggunaan kekerasan kecuali dalam dua situasi sahaja, iaitu untuk tujuan pertahanan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sesebuah negara yang menggunakan kekerasan terhadap negara lain bagi tujuan menakluk wilayah negara tersebut, ia dianggap sebagai melanggar Piagam PBB. Negara yang diserang tersebut mempunyai hak yang diiktiraf oleh Piagam PBB untuk menggunakan kekerasan sebagai satu cara untuk mempertahankan diri. |
morality play | susilawara | Komunikasi | Korporat | Sejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka. |
anagogic interpretation | tafsiran anagogi | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah. Tafsiran ini berasal daripada sistem ganda empat (fourfold) dalam mentafsirkan Bible yang dominan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Mengikut sistem ini, terdapat empat peringkat makna, iaitu peringkat harfiah dan sejarawi, alegori, tropologi, dan anagogi. Tafsiran anagogi memperoleh makna dengan merujuk kepada dimensi mistik atau rohaniah. Salah satu contoh terkenal penggunaan kaedah tafsiran ganda empat ialah tafsiran tentang peristiwa Exodus. Pada peringkat harfiah, peristiwa ini adalah mengenai kaum Ibrani yang dibebaskan dan keluar dari Mesir. Secara alegori, tafsiran ini merujuk kepada kisah Jesus sebagai penyelamat gereja atau penganut Kristian. Secara tropologi, tafsiran ini merujuk kepada pembaca Kristian yang mengalami transformasi daripada manusia yang berdosa kepada manusia yang dirahmati. Manakala secara anagogi, tafsiran merujuk kepada roh manusia yang bergerak dari keterikatan material kepada kewujudan yang |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |