parametric oscillator | pengayun berparameter | Fizik | Optik | Peranti yang terdiri daripada hablur tak linear secara optik dikelilingi oleh sepasang cermin. Peranti ini dikenakan alur laser berfrekuensi tinggi secara relatif dan isyarat berfrekuensi rendah secara relatif juga, bagi menghasilkan keluaran berfrekuensi rendah yang boleh diubah, iaitu dengan mengubah indeks biasannya. |
high-frequency recombination cell | sel rekombinasi berfrekuensi tinggi (Hfr) | Biologi | Genetik | Sel bakteria E. coli yang mempunyai faktor F yang disepadukan. Hfr. |
humming | dengungan | Teknik | Elektrik | Bunyi berfrekuensi rendah yang terhasil daripada kepingan teras yang longgar pada pengubah, motor, penjana, dan sebagainya. Bunyi ini terjadi akibat pemagnetan dan penyahmagnetan arus ulang-alik pada teras. |
woofer | wufer | Sosiologi | Tiada | Pembesar suara yang berfrekuensi rendah. |
Hfr | Hfr | Biologi | Genetik | lih. sel rekombinasi berfrekuensi tinggi. |
sky wave | gelombang langit | Komunikasi | Tiada | Gelombang radio berfrekuensi rendah yang dipancarkan ke udara tetapi dipantulkan semula ke bumi oleh lapisan atmosfera berion yang terletak di lapisan ionosfera. |
ground wave | gelombang bumi | Komunikasi | Tiada | Gelombang radio berfrekuensi rendah yang bergerak di antara antena pemancar dengan antena penerima yang terletak di atas permukaan bumi. Gelombang bumi boleh terdiri daripada gelombang langsung, gelombang permukaan atau gelombang pantulan bumi. |
ultrasound | ultrabunyi | Perubatan | Tiada | Tenaga pancaran mekanik yang berfrekuensi melebihi 20 000 kitaran sesaat, yang digunakan dalam mendiagnosis pelbagai jenis penyakit secara tak invasif. |
lighthouse tube | tiub rumah api | Kejuruteraan | Tiada | Tiub elektron berfrekuensi ultratinggi, dibentuk seperti rumah api dan mempunyai unsur-unsur satah terkedap cakera. |
radio wave | gelombang radio | Komunikasi | Tiada | Gelombang elektromagneti yang berfrekuensi antara 10 kilohertz hingga 3000 megahertz dan mempunyai jarak gelombang antara 1 milimeter hingga 30 meter. |