side running | larian sisi | Sukan | Tiada | Perbuatan berlari dengan bergerak ke arah sisi dalam keadaan muka memandang ke arah depan. |
face (of blade) | muka bilah | Kejuruteraan | Tiada | Permukaan bilah kipas yang menghala ke belakang ketika kapal bergerak ke hadapan. |
interflow | aliran antara | Geografi | Tiada | 1. Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan tersebut sebagai aliran bawah permukaan.,2. Aliran air dari zon tepu berkala yang bergerak melalui bahagian atas strata suatu bentukan dengan kadar yang lebih tinggi daripada rembesan aliran dasar biasa. |
interflow syn. flow, prompt subsurface | aliran antara | Hidrologi | Tiada | (1) Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan itu sebagai aliran bawah permukaan. (CID) (2) Aliran air dari zon tepu berkala. Aliran ini bergerak melalui bahagian atas strata suatu bentukan dengan kadar yang lebih tinggi dari rembesan aliran dasar biasa. (REB) |
ground-water divide | legih air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Rabung di muka air tanah atau di permukaan potensiometri lain yang darinya air tanah, yang diwakili oleh permukaan itu, bergerak menjauhinya ke kedua-dua arah. Air di dalam akuifer lain, di atas atau di bawah, bahkan juga di bahagian terbawah akuifer yang sama, mungkin mempunyai permukaan potensiometri tanpa rabung, dan airnya boleh mengalir melewati legih itu. Legih air tanah biasanya terdapat hampir di bawah legih permukaan, tetapi di kebanyakan kawasan tidak terdapat hubungan di antara kedua-dua legih itu. Ruj.: Meinzer 1923 |
reflect | pantul; balik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Balik: Mengembalikan ke punca, misalnya mengembalikan alur sinaran ke bahantara tempat ia bermula.,, atau objek yang bergerak, dengan permukaan atau antara muka. |
double layer | lapisan ganda dua | Kimia | Tiada | 1. Fenomena yang berlaku pada antara muka pepejal-cecair, yang disebabkan oleh ion daripada suatu jenis cas melekat pada permukaan pepejal dan sejumlah yang sama ion yang mempunyai cas yang berlainan bergerak dan tersebar ke kawasan pepejal yang berdekatan. |