heat of transition | haba peralihan | Kimia | Tiada | Haba yang dibebaskan apabila jisim tertentu sesuatu bahan ditukar daripada satu bentuk berhablur kepada bentuk berhablur yang lain. |
crystalline | berhablur | Farmasi | Farmaseutik | Sifat pepejal yang mempunyai susunan tiga dimensi pada tahap atomik bagi sesuatu molekul. Sifat hablur boleh dikesan dengan menggunakan pelbagai teknik pembelauan dan pengukuran haba pelakuran. Bentuk yang berhablur ialah bentuk yang paling dikehendaki dalam bentuk dos farmaseutikal kerana sifatnya yang seragam, boleh ulang semula dan kurang higroskopik. |
energy band | jalur tenaga | Kimia | Tiada | Jalur yang terbentuk daripada banyak aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat di dalam pepejal berhablur. Terdapat dua jenis jalur tenaga, iaitu jalur valens ialah aras tenaga terkuantum yang dapat diduduki elektron apabila elektron ini di dalam orbital valens pepejal berhablur. Elektron di dalam jalur ini tidak dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan elektrik. Jalur konduksi pula ialah aras tenaga terkuantum yang lebih tinggi daripada aras tenaga jalur valens. Elektron dapat menduduki jalur ini melalui getaran terma kekisi berhablur. Peningkatan elektron ke jalur ini membentuk lubang di dalam jalur valens. Elektron di dalam jalur konduksi dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan leketrik. Terdapat jalur terlarang di antara jalur valens dengan jalur konduksi. Ciri elektrik pepejal berhablur bergantung pada lebarnya jalur terlarang ini. Bagi logam, lebar jalur ini ialah disifar, bagi penebat pula, lebarnya lebih daripada 5 eV dan bagi semikonduktor, lebarnya lebih kurang 1 eV. |
crystalliferous cell | sel berhablur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sel parenkima jejari atau aksial yang mengandungi satu jenis hablur garam pepejal atau lebih. Hablur garam yang lazim ditemui ialah kalsium oksalat dan kalium oksalat dalam bentuk asikular, stilois, rafid, drus, romboid, dan granul. Bentuk-bentuk hablur dalam sel berhablur penting dalam pengecaman kayu. Kehadiran hablur menumpulkan mata alat pemprosesan kayu. |
ionic radius | jejari ion | Kimia | Tiada | Nilai jejari bagi ion di dalam pepejal ionik berhablur berdasarkan anggapan bahawa ion berbentuk sfera dengan saiz trtentu. Penentuan nilai jejari ion dilakukan secara pengukuran di antara nukleus di dalam pepejal ionik berhablur melalui pembelauan sinar-X. |
crystalline | berhablur | Fizik | Tiada | Tiada |
crystalline | berhablur | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
crystalline | berhablur | Geologi | Tiada | Tiada |
crystalline | berhablur | Perubatan | Tiada | Tiada |
crystalline | berhablur | Kimia | Tiada | Berkaitan, menyerupai atau mengandung hablur. |