disaster counseling | kaunseling bencana | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang mengkhusus kepada pengurusan bencana dan cara-cara berhadapan dengan trauma yang dihadapi akibat bencana. Contohnya, kaunselor memberi sokongan, semangat dan empati kepada klien untuk berhadapan dengan bencana tersebut. |
perforation | tembusan; penebukan; tebukan | Geologi | Tiada | 1. Penusukan selongsong telaga berhadapan dengan zon menggalas minyak atau gas bagi membolehkan minyak atau gas mengalir ke dalam lubang gerek berselongsong. |
role conflict | konflik peranan | Pentadbiran | Tiada | Keadaan apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang tidak sesuai atau bertentangan antara satu sama lain. |
shadow boxing | tinju bayang | Sukan | Tiada | Latihan bertinju seolah-olah berhadapan dengan lawan tetapi sebenarnya hanya dalam bayangan. |
occiput foramen | foramen oksiput | Biologi | Entomologi | Bukaan di oksiput yang terletak berhadapan dengan bukaan yang sama di protoraks. |
mass behaviour | gelagat massa | Komunikasi | Tiada | Perilaku atau tindakan orang ramai semasa berhadapan dengan pihak media. |
filial anxiety | kebimbangan filial | Gerontologi | Tiada | Perasaan bimbang atau khuatir anak dewasa untuk berhadapan dengan tanggungjawab mengurus ibu bapa yang sudah tua. |
casing perforator | penebuk selongsong | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang digunakan untuk membuat tebukan pada rentetan selongsong berhadapan dengan zon minyak atau gas, untuk membolehkan bendalir dari formasi mengalir memasuki telaga. |
moment of final suspense | detik ketegangan akhir | Kesusasteraan | Tiada | Momen sebelum klimaks apabila watak protagonis berhadapan dengan peluang terakhir untuk mengelak daripada pengakhiran yang tragik. |
secondary victimization | pemangsaan kali kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pemangsaan yang berlaku kepada mangsa utama apabila mangsa berhadapan dengan proses keadilan jenayah. Contohnya, mangsa rogol yang menghadapi tekanan psikologi akibat daripada tindakan pihak polis ke atas laporannya. |