Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hias] | برهياس

Definisi : 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Bakar bara waktu petang,
     Hendak melayur daun palas;
Antara tiga sanggul melintang,
     Mana satu janda berhias.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sedikit kerja,
     banyak berantun.

Bermaksud :

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crible initialhuruf awal berhiasPerpustakaanTiadaHuruf besar berhias yang memenuhi semua ruang titikan kecil pada permulaan sesuatu bab yang telah diperkenalkan oleh seorang pencetak Perancis, Geoffrey Tory pada abad ke-17.
book-shrinepeti buku berhiasPerpustakaanTiadaPeti atau kotak berhias yang menempatkan buku-buku berharga
fish knifepisau ikanPentadbiran PerniagaanTiada1. Pisau kecil berhias bahagian atasnya digunakan dengan garpu untuk makan ikan.,2. Pisau besar dengan mata yang besar dan berhias bahagian atasnya yang digunakan dengan garpu besar empat cabang untuk menghidang ikan.
engrosstulisan berhiasKomunikasiTiadaTiada
ornamental letterhuruf berhiasPerpustakaanTiadaTiada
architrave jambjenang berhiasKesenianTiadaTiada
iluminated manuscriptmanuskrip berhiasKesusasteraanTiadaBahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas.
colour story (j)cerita berhiasKomunikasiTiadaTiada
illuminated initial letterhuruf berhias warna-warniPerpustakaanTiadaTiada
decorated spinetulang belakang berhiasPerpustakaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas