Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.kat]/[ber.i.kat] | برايکت

Definisi : 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.kat]/[ber.i.kat] | برايکت

Definisi : 1 ada ikatnya; memakai ikat: Batu permata intan ~ emas putih. 2 bersatu dlm satu kumpulan; bersekutu; bergabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Kayu pagar berikat tali,
     Diikat-ikat bawa ke tanjung;
Kalau benar berkali-kali,
     Akhirat jangan tanggung-menanggung.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
axis powerkuasa paksiSains PolitikHubungan AntarabangsaGelaran yang diberikan kepada pasukan berikat pimpinan pihak Nazi Jerman yang bersekutu dengan Itali. Pakatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1936. Kedua-dua kuasa ini menentang fahaman komunis serta peralihan politik Sepanyol yang menjadi negara republik. Dasar ini dimeterai dalam perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani pada tahun 1939. Jepun menyertai paksi ini pada tahun 1940. Tiga kuasa utama pasukan berikat ini dikenali juga sebagai Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Selain tiga kuasa utama ini, pakatan kuasa ini turut disertai oleh Hungary, Romania Slovakia dan Bulgaria.
alliespihak berikatSains PolitikTiadaTiada
alliespihak berikatSejarahTiadaTiada
flying aidbantuan berikatEkonomiTiadaTiada
silica-bonded investmentbahan inves berikat silikaPerubatanTiadaBahan inves yang terikat oleh silika, untuk menjadikan bahan inves lebih refraktori dan tahan suhu yang tinggi.
lectinlektinHerbaFitokimiaProtein atau glikoprotein yang boleh berikat dengan karbohidrat pada membran sel secara khusus atau berbalik tanpa menunjukkan aktiviti enzim. Kebanyakan lektin peringkat tinggi terdapat dalam bahagian biji tumbuhan seperti kacang tanah, kacang soya dan kekacang yang lain. Sesetengah lektin berupaya mengaglutinat eritrosit dan sel lain serta bersifat antibodi. Terdapat juga lektin yang toksik, contohnya, risin daripada biji kastor (Ricinus communis) dan abrin daripada biji jequirity bean (Abrus precatorius).
A sitetapak ABiologiGenetikTapak di dalam ribosom subunit besar, apabila tRNA yang membawa asid amino berikat supaya antikodon dan kodon dapat berpasangan semasa sintesis protein. Tapak ini dikenali juga sebagai tapak pengikatan aminoasil.
balingpembandelaanKejuruteraanTiadaProses mengurangkan isi padu ketumpatan dan mengasingkan sisa pepejal dengan memampatkan sisa tersebut menjadi blok berikat bagi memudahkan pengendaliannya.
molecular dockingpengedokan molekulBioinformatikTiadaPeramalan orientasi dan ikatan interaksi antara molekul (DNA, RNA atau protein) dengan ligan apabila kedua-duanya berikat untuk menghasilkan kompleks yang stabil.
gym bloomersblumer jasmaniKesenianTiadaSeluar gelembung paras betis daripada fabrik tahan lasak, berwarna biru tua atau fabrik satin hitam, bahagian pinggangnya berlisu dan berikat pinggang. Pakaian wanita untuk latihan jasmani dan berkhemah dari tahun 1900 hingga akhir tahun 1920-an.
12

Kembali ke atas