creative platform | landasan kreatif | Komunikasi | Tiada | Ruang kebebasan yang diberikan untuk berkarya tanpa sebarang gangguan dan kawalan. |
dadaism | dadaisme | Kesenian | Drama dan Teater | Aliran yang menekankan hubungan logik antara idea dengan pernyataan serta mementingkan kebebasan mutlak dalam berkarya. Kegiatan ini diterajui oleh pelukis dan penulis muda di negara Perancis selepas Perang Dunia Pertama sebagai reaksi kepada hilangnya nilai perikemanusiaan. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, da |
melodramatic | melodramatik | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Olahan pementasan yang diberi gaya melodrama. Lihat jugamelodrama. 2. Gabungan ciri tragedi dan komedi yang memberinya sifat melodramatik, disebut juga sebagai tragi komedi. Tokoh dramatis Malina Manja merupakan seorang penulis drama yang gemar menggunakan gaya ini dalam berkarya. |
dekorum | ketertiban | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. L |