abstention | berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Berkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara. |
neutral state | negara berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang bersetuju untuk tidak menyertai peperangan antara dua atau lebih negara lain. Negara berkecuali mempunyai kewajipan untuk menahan diri daripada memberi bantuan ketenteraan kepada pihak yang berperang, menghalang wilayahnya daripada digunakan bagi tujuan peperangan, atau menjadi tidak berpihak kepada manamana negara yang berperang. Perkecualian adalah satu kewajipan untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mempertingkatkan kepentingan salah satu pihak yang berkonflik atau membahayakan kepentingan pihak yang lagi satu. Status berkecuali ini diiktiraf oleh pihak-pihak yang berperang. Sinonim kuasa berkecuali. |
emphatic neutrality | empatik berkecuali | Pendidikan | Tiada | Keupayaan untuk berkecuali dalam situasi yang diperhatikan. |
neutral power | kuasa berkecuali | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Lihat negara berkecuali. |
neutral | neutral; berkecuali | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | neutral: 1. Berkaitan dengan zarah yang tidak mempunyai cas elektrik.,5. Berkecuali: Tidak menyokong mana-mana pihak. |
non-aligned news agencies pool | gabungan agensi berita negara berkecuali | Komunikasi | Tiada | Pertubuhan agensi berita negara-negara berkecuali yang bergabung untuk mengatasi masalah pengaliran berita. |
armed neutrality | keberkecualian bersenjata | Sejarah | Tiada | Kedudukan berkecuali dipilih oleh sesebuah negara dalam peperangan dan bersedia untuk mempertahankan sikap berkecuali tersebut khususnya dalam persenjataan. |
abstain | berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
neutral | berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
abstain | berkecuali | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan secara sengaja untuk tidak mengundi kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan. Tindakan ini kerap berlaku dalam persidangan PBB. Contohnya, Norway mengambil langkah untuk tidak mengundi dalam satu resolusi di Perhimpunan Agung PBB berkenaan usul untuk mendapatkan pertimbangan Tribunal Antarabangsa di Hague mengenai hasrat Israel membina tembok di wilayah Palestin sebagai tindakan yang sah. |