Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypnotoxinhipnotoksinBiologiFisiologi1. Toksin yang berkumpul ketika dalam keadaan sedar sehingga cukup untuk merencatkan aktiviti sel korteks dan mengaruh tidur. 2. Bahan toksik daripada tentakel Physalia.
gate capacitymuatan getKejuruteraan AutomotifTiada1. Muatan aliran penumpang yang boleh muat untuk memasuki sesuatu ruang untuk berkumpul sebelum berlepas.
clubkelawar (terup)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Kelab: Perkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya mempunyai minat dan kepentingan yang sama.,2. Kelab: Bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul, bermesyuarat dan sebagainya.
capitulumkapitulumBiologiHistologi dan Sitologi1. Bonggol pada hujung tulang, seperti pada tulang humerus yang menjadi tempat pengartikulatan dengan tulang radius. 2. Bahagian badan siriped yang diselaputi mantel. 3. Hujung rambut atau tentakel yang membonggol. 4. Bahagian hujung probosis atau antena serangga yang besar. 5. Bahagian terjulur kepala sengkenit yang terjulur. 6. Bahagian turus pada parapet anemon laut. 7. Apotesium berbentuk sfera pada liken tertentu yang mengandungi jisim serbuk spora. 8. Sel berbentuk sfera pada hujung dalam manubrium Charales. 9. Jambul yang menjadi kepala bunga sesil atau floret yang berkumpul pada reseptakel dan biasanya dikelilingi involukrum.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.

Kembali ke atas