home team | pasukan tuan rumah | Sukan | Tiada | Pasukan tempat berlangsungnya sesuatu permainan. |
hippodrome | hipodrom | Kesenian | Seni Bina | Stadium lama atau arena tempat berlangsungnya pertandingan lumba kuda, sukan dan sarkis ketika era pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, Turki. Hipodrom yang asal telah musnah dan kini tempat serta objek tinggalannya dinamai Medan Atmeydani yang bermaksud Medan Kuda. |
battle ground | medan perang | Sejarah | Tiada | Kawasan atau daerah atau wilayah berlangsungnya peperangan. |
free water | air bebas | Kejuruteraan | Petroleum | Air yang dikeluarkan bersama-sama minyak semasa berlangsungnya pengeluaran telaga atau medan minyak. Air ini biasanya akan mengenap dan berpisah daripada minyak setelah bendalir pengeluaran dibiarkan diam selama 5 minit di dalam tangki atau bejana. |
ceremonial entrance | jalan masuk istiadat | Landskap | Tiada | Jalan masuk utama ke istana yang digunakan sewaktu berlangsungnya sesuatu istiadat. |
ceremonial approach | ruang masuk istiadat | Landskap | Tiada | Ruang masuk ke dalam istana yang digunakan ketika berlangsungnya istiadat. |
polycentrism | polisentrisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang telah berpecah kepada beberapa aliran selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis Soviet Union pada tahun l956. Walaupun semua ideologi ini disebut sebagai komunis namun terdapat pelbagai variasi kesan daripada penyesuaian atau semakan semula oleh golongan revisionis. Fahaman ini dipopularkan oleh P. Togliatti seorang pemimpin komunis Itali. Contohnya, perpecahan versi komunis Yugoslavia dan China daripada Soviet Union walaupun berpegang kepada ideologi komunis. |
rod wax | lilin rod | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis lilin parafin yang terbentuk pada rentetan rod penyedut semasa berlangsungnya proses pengepaman yang menggunakan sistem pengepaman rod penyedut. |
experimental theatre | panggung eksperimen | Kesusasteraan | Tiada | Tempat berupa bangunan untuk pertunjukan seni dipertontonkan kepada orang ramai yang dilengkapi dengan tempat duduk penonton dan tempat berlangsungnya pementasan drama. |
mud log | log lumpur | Kejuruteraan | Petroleum | Rekod menunjukkan keterangan yangdiperolegi daripada pemeriksaan bendalir penggeriduan dan rincisan penggerudian. Pemeriksaan ini dilakukan dengan menganalisis contoh lumpur berserta rincisan yang naik ke permukaan semasa berlangsungnya penggerudian. |