Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mu.kus] | برموکوس

Definisi : mempunyai atau mengeluarkan mukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bermukus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
borax poisoningkeracunan boraksKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada boraks (natrium borat, formula kimia, Na2B4O7.10H2O), iaitu bahan yang digunakan sebagai agen pencuci. Dos parah ialah 0.1 g/kg - 0.5 g/kg, dan had pendedahan ialah 5 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan bahan ini me- nyebabkan emesis yang biasanya terjadi serta-merta. Jika boraks tidak dikeluarkan, perkembangan secara progresif yang berikut terjadi, iaitu muntah dan cirit-birit bermukus dan berdarah, eritroderma, diikuti dengan deskuamasi, ekskoriasi, melepuh, bula, dan selumur epidermis. Kelesuan, otot muka dan bahagian hujung anggota terketar-ketar diikuti dengan konvulsi, hiperpireksia, demam kuning, dan kerosakan buah pinggang dengan oliguria atau anuria, dan akhirnya sianosis, tekanan darah rendah, pengsan, koma, dan mati. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyerapan kulit, atau penyerapan melalui liang badan atau membran mukus yang berpanjangan menyebabkan anoreksia, hilang berat badan, muntah, cirit-birit, ruam kulit, alopekia, konvulsi, dan anemia. Penemuan
seminal fluidbendalir seminalVeterinarPraklinikalBendalir yang dihasilkan oleh kelenjar aksesori seks seperti kelenjar prostat; kelenjar bulbouretra (Cowper) dan vesikel seminal. Bendalir ini tidak mengandungi sperma. Bendalir seminal membantu pengangkutan sperma keluar semasa pancutan. Bendalir ini mengandungi gula sebagai punca tenaga untuk sperma dan perencat protease yang boleh melindungi trakus genital daripada kerosakan proteolisis. Babi adalah antara haiwan yang menghasilkan bendalir seminal yang terbanyak. Bendalir dari vesikel seminal berwarna pelangi kerana kandungan flavin yang tinggi. Bendalir seminal juga mempunyai kandungan fruktosa tinggi yang dimetabolismekan oleh sperma untuk pergerakan. Bendalir seminal daripada kelenjar prostat pula mengandungi asid fosfatase; asid sitrik; enzim proteolisis; protein dan zink. Kelenjar bulbouretra pula bermukus pekat alkali untuk membantu dalam peneutralan bendalir.

Kembali ke atas