Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.da] | برنادا

Definisi : mempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nada (kata nama)
Bersinonim dengan bunyi suara, rentak, irama, tinggi rendah suara, intonasi lagu, melodi;,
Kata Terbitan : bernada,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
government say so journalismkewartawanan bernada kerajaanKomunikasiTiadaPenulisan berita yang berpihak kepada kerajaan demi keselamatan dan keamanan wartawan dan lembaga yang diwakilinya.
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.
wheezeronkusKejururawatanTiadaBunyi pernafasan yang bernada rendah yang terhasil akibat penyempitan bronkial seperti yang berlaku dalam asma.
old comedykomedi lamaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepestaan, bernada lucu dan lucah. Drama ini muncul di Athens pada kurun ke-15, mempersendakan individu yang masih hidup dalam bentuk satira topikal menggunakan korus bertopeng dan berkostum yang menggerunkan. Drama ini berkembang daripada persembahan dan upacara meningkatkan kesuburan alam dan manusia bagi mengingati Dewa Dionysius. Aristophanes merupakan penulis komedi lama yang masyhur. Antara karyanya yang terkenal ialah The Clouds, The Knights, dan The Frogs. Banding komedi baru.
bass drumdram besKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah.
grosse caissegrosse caisseKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. Sinonim dengan istilah bass drum.
gran temburo (It)gran temburoKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. Sinonim dengan istilah bass drum.
gran cassa (It)gran cassaKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. Sinonim dengan istilah bass dram.
exhortationpidato gesaanSejarahTiadaUcapan yang dilakukan oleh orang-orang yang berpengaruh yang bernada rayuan, gesaan, nasihat dan berapi-api untuk menarik perhatian khalayak.
balladbaladaKesusasteraanPuisiSajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b.
12

Kembali ke atas