Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,

Puisi
 

Cik Esah di pintu maling,
     Buah padi ke Paya Ledang;
Cabut galah perahu berpaling,
     Buah hati tinggal seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Roda yang berpaling,
     kuda sudah digerindin.

Bermaksud :

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contrappostokontrapostoKesenianTiadaBentuk figur yang seluruh berat badannya berdiri di atas sebelah kaki dan sebahagian dari badannya berpaling ke arah yang berlainan.
rooting reflexrefleks usapanKejururawatanTiadaTindak balas gores dengan hujung jari dari mulut ke pipi bayi yang menyebabkan bayi berpaling ke arah perangsangan tersebut untuk membantu dalam penyusuan.
Nazismfahaman NaziSains PolitikHubungan AntarabangsaDoktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerm

Kembali ke atas