base pair rules | hukum pasangan bes | Sains Forensik | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa bes adenina mesti berpasangan dengan timina dan bes guanina mesti berpasangan dengan sitosina dalam bebenang dua DNA. Dalam bebenang dua RNA pula, bes adenina mesti berpasangan dengan urasil. Dalam penaksiran DNA forensik, hukum ini membawa maksud bahawa jika jujukan nukleotida satu bebenang DNA dapat dibaca, kesimpulan jujukan nukleotida bagi bebenang pelengkapnya akan dapat dibuat. |
pairing element | unsur berpasangan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Dua bahagian mesin atau lebih yang berpasangan yang disambungkan untuk membolehkan pergerakan. |
pairing energy | tenaga berpasangan | Fizik | Moden | Komponen tenaga ikatan nukleus yang menggambarkan berkurangan kestabilan neutron atau proton tak berpasangan. |
base pair | pasangan bes | Bioteknologi | Tiada | Dua bes, purina dan pirimidina yang berpasangan dalam kod genetik DNA dan RNA. Sitosina berpasangan dengan guanina dan adenina dengan tiamina dalam DNA, manakala dalam RNA pula tiamina digantikan dengan urasil. |
polygamy | poligami | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila seekor haiwan jantan berpasangan dengan lebih daripada seekor haiwan betina pada sesuatu musim (poligini), atau seekor haiwan betina berpasangan dengan lebih daripada seekot haiwan jantan pada sesuatu masa (poliandri). |
low spin | spin rendah | Kimia | Tiada | Keadaan kompleks yang mempunyai bilangan maksimum elektron berpasangan. Keadaan ini berlaku apabila tenaga pemecahan lebih besar daripada tenaga berpasangan. |
high spin | spin tinggi | Kimia | Tiada | Keadaan kompleks yang mempunyai bilangan maksimum elektron tak berpasangan. Keadaan ini berlaku apabila tenaga pemecahan lebih kecil daripada tenaga berpasangan. |
paragnath | paragnat | Geologi | Tiada | 1. Satu daripada lobus metastoma yang menyerupai daun dan berpasangan yang terletak di belakang mandibel pada kebanyakan krustasea.,2. Satu daripada lobus hipofarinks yang berpasangan pada serangga tertentu.,3. Satu daripada rahang anelid tertentu yang kecil, tajam, dan keras. |
team statements | pernyataan kumpulan | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang dilaksanakan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Pernyataan individu dibentuk melalui perbincangan secara berpasangan dan kemudian membentuk pernyataan pasukan berdasarkan kerjasama daripada semua murid. |
differential affinity | afiniti pembezaan | Biologi | Genetik | Kegagalan dua kromosom separa homolog untuk berpasangan semasa meiosis kerana kehadiran kromosom ketiga yang lebih homolog terhadap satu daripada pasangan kromosom itu. Tanpa kehadiran kromosom ketiga ini, kedua-dua kromosom separa homolog itu boleh berpasangan. |