Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.paut] | برڤاءوت

Definisi : 1 berpegang kuat-kuat: Tangan kanannya ~ pd dahan, sementara tangan kirinya memetik buah. 2 terletak atau terikat erat-erat (bkn tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang panjang itu ~ pd junjungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paut
Kata Terbitan : berpaut, berpautan, berpaut-pautan, memaut, memautkan, terpaut, pautan,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berpaut sehasta tali.

Bermaksud :

Tidak dapat berbuat sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linked listsenarai berpautKomputerTiadaTiada
linked subroutinesubrutin berpautKomputerTiadaTiada
linked samplesampel berpautMatematikTiadaTiada
linked listsenarai berpautMatematikTiadaTiada
linked listsenarai berpautTeknologi MaklumatTiadaStruktur data yang menyenaraikan dan memautkan item data dengan penuding bagi menunjukkan lokasi fizikalnya dalam pangkalan data.
double linked listsenarai berpaut bergandaTeknologi MaklumatTiadaSenarai data yang memautkan rekod-rekod dalam bentuk jujukan logik melalui penggunaan penuding dwiarah.
self-clinging climberpemanjat berpaut sendiriLandskapTiadaTumbuhan memanjat yang mempunyai bahagian khas seperti sulur paut dan duri pencakuk bagi tujuan memanjat dan membelit sokongan dengan sendiri.
Linked Control Protocol (LCP)Protokol Kawalan Berpaut (LCP)Teknologi MaklumatTiadaLihat protokol titik-ke-titik
adherelekapPerubatanTiadaBerpaut dengan kuat pada permukaan.
carbolic acidasid karbolikPerubatanTiadaberpaut dengan atom karbon, digunakan sebagai disinfektan dan anastetik setempat. Sinonim: fenol.
123

Kembali ke atas