Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.luh] | برڤلوه

Definisi : 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.luh] | برڤلوه

Definisi : mengeluarkan peluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Makan kugaul hanya sedikit,
     Air berkocak di dalam talam;
Badan berpeluh mataku sakit,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweating sicknesspenyakit berpeluhVeterinarTiadaTiada
non-sweating syndromesindrom tak berpeluhVeterinarTiadaTiada
hyperthyroidismhipertiroidismePerubatanTiadaPerembesan hormon tiroid yang berlebihan dalam darah. Ciri klinikalnya adalah berpeluh, tangan menggeletar, penurunan berat badan mendadak, dan peningkatan kadar nadi.
Chinese restaurant syndromesindrom restoran CinaMakanan dan PemakananMakananSimptom sakit kepala, pening, berpeluh dan muka kemerah-merahan yang dialami oleh individu rentan yang mengambil monosodium glutamat atau bahan seumpamanya dalam jumlah yang banyak. Sindrom ini dikaitkan dengan pengambilan makanan cina.
Graves's diseasepenyakit GravesPerubatanTiadaGangguan tiroid, biasanya pada wanita, yang dicirikan oleh eksoftalmos, denyutan jantung yang cepat, berpeluh, temor, keresahan, kehilangan berat badan, dan intolerans kepada kepanasan.
dehydrationpenyahhidratanMakanan dan PemakananPemakananKeadaan kekurangan cecair yang berlebihan akibat kekurangan pengambilan air atau kehilangan air yang berlebihan daripada tubuh semasa tubuh berpeluh, muntah atau cirit-birit. Antara gejala penyahhidratan termasuklah dahaga, kulit dan membran mukus kering, denyutan jantung yang cepat, dan tekanan darah rendah. Banding penghidratan.
antimony poisoningkeracunan antimoniKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan antimoni atau sebatian antimoni yang biasanya digunakan dalam aloi, bateri, tekstil dan perawatan jangkitan parasit. Gejalanya ialah muntah, berpeluh, cirit-birit, dan rasa payau. Kerengsaan kulit atau membran mukus mungkin terjadi. Keracunan yang teruk mungkin menyerupai keracunan arsenik. Had toleransi wasap antimoni dan garam terlarutnya ialah 2 mg/m3 udara, manakala had pendedahan terhadap logam antimoni ialah 0.5 mg/m3. Dos maut untuk sebatian antimoni secara pengingesan ialah 100-200 mg. Penemuan patologi termasuk kemerosotan lemak dalam hati dan kemerosotan parenkima dalam hati dan organ lain.
hypoglycaemiahipoglisemiaMakanan dan PemakananPemakananKeadaan apabila paras glukosa darah lebih rendah daripada normal, iaitu kurang daripada 40 hingga 50 mg per 100 ml darah. Kesan hipoglisemia ialah tubuh berpeluh, ketidakstabilan emosi dan menggigil.
hypoglycaemiahipoglisemiaVeterinarTiadaKepekatan glukosa darah yang kurang daripada paras normal. Hipoglisemia disebabkan oleh suntikan insulin berlebihan, aktiviti fizikal berlebihan atau kurang makan. Antara tanda hipoglisemia termasuklah lapar, lemah, berpeluh, resah dan menggigil.
Amanitamuscaria poisoningkeracunan AmanitamuscariaKimiaForensikKeracunan akibat termakan cendawan Amanita muscaria. Cendawan ini mengandungi alkaloid muskarina yang menyebabkan keracunan dalam masa beberapa minit hingga 2 jam. Gejala keracunan termasuk peliuran, berpeluh, muntah, sukar bernafas, kejang abdomen, dan cirit-birit. Dalam kes teruk, keracunan ini mengakibatkan konvulsi, koma dan kegagalan peredaran darah. Tanpa rawatan, kematian akan terjadi akibat kerosakan hati.
123

Kembali ke atas