Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pen.di.di.kan]/[ber.pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : mendapat pendidikan (la­tihan): kaum intelek Melayu yg ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Me­layu dijadikan bahasa rasmi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pen.di.di.kan]/[ber.pen.di.di/.kan] | ڤنديديقن

Definisi : mendapat didikan (latihan); berpengetahuan: Orang-orang yg ~ tinggi selalunya disanjung oleh orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpendidikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literati painterpelukis literatiKesenianTiadaPelukis tamadun China Lama yang tidak hanya melukis tetapi juga bergiat dalam bidang sastera dan berpendidikan tinggi.
elaborated codekod teruraiSosiolinguistikTiadaVariasi bahasa yang digunakan secara kreatif oleh individu dalam suasana yang formal dan di kalangan orang yang berpendidikan.
scientific testimonialpembuktian saintifikKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka.

Kembali ke atas