spectrum level | aras spektrum | Fizik | Akustik | Aras bahagian isyarat tertentu pada frekuensi tertentu yang terkandung di dalam jalur frekuensi yang lebarnya 1 Hz dan berpusat pada frekuensi tersebut. |
decentralization | pemencaran (kuasa) | Pendidikan | Tiada | 1. Pemencaran: Keadaan kuasa pengurusan pendidikan yang tidak berpusat dan keputusan pelaksanaan dibuat pada peringkat pengurusan negeri atau daerah. |
polar cap | tukup kutub | Geologi | Tiada | 1. Kawasan cerah yang melitupi kutub-kutub Marikh.,2. Lembar ais yang berpusat di salah satu kutub bumi. |
inverse square law | hukum kuasadua songsang | Mekanik | Gunaan | 1. Sebarang hukum yang menyatakan bahawa kesan sumber A pada titik B berubah secara songsang dengan kuasa dua bagi jarak di antara A dengan B. 2. (bagi gerakan daya berpusat) Hukum yang memberikan hubungan di antara daya graviti dengan jarak di antara dua jaad yang bersling tindak. Hukum kuasa dua songsang untuk gerakan daya berpudat ini dinamai hukum tarikan graviti. |
force intensity | keamatan daya | Mekanik | Gunaan | 1. Unsur daya yang bertindak pada seunit dimensi (panjang, luas atau isi padu). Daya yang bertindak pada seunit luas muka keratan misalnya, dinamai tegasan. 2. (berkenaan daya terikan graviti) Hasil darab pemalar graviti semesta G dan jisim penarik M, iaitu GM, dalam gerakan daya berpusat. |
ferrite | ferit | Kimia | Tiada | 1. Oksida campuran yang terdiri daripada ferik oksida dan oksida lain. Misalnya, kobalt ferit, CoO. Fe2O3. Ferit disediakan dengan melarutkan ferik oksida terhidrat ke dalam larutan alkali pekat, atau dengan memanaskan ferik oksida bersama logam oksida. Sebatian ini digunakan untuk membuat penebat elektrik, teras magnet, semikonduktor, dan magnet kekal. 2.Ferum yang mempunyai struktur hablur kiub berpusat jasad yang wujud sama ada sebagai unsur tulen atau sebagai satu juzuk keluli. |