belligerent | beligeren | Sejarah | Tiada | Negara atau orang yang berperang atau bersengketa. |
belligerent | beligeren | Undang-undang | Tiada | Negara atau orang yang berperang atau bersengketa. |
arbitration | penimbangtaraan | Sosiologi | Tiada | 1. Proses penyelesaian perselisihan di antara dua pihak yang bersengketa, yang melibatkan pihak ketiga sebagai pendamai atau orang tengah. |
delimitation | persempadanan | Sejarah | Tiada | Perihal membataskan atau mengehadkan sempadan antara dua negara yang bersengketa. |
الخصومة | kes/aduan | Agama Islam | Fiqh | Sesuatu hal yang dipertikaikan oleh dua pihak yang bersengketa. |
delimitate | menyempadani | Sejarah | Tiada | Perbuatan menentukan batas atau sempadan biasanya sempadan antara dua negara yang bersengketa. |
belligerent occupation | pendudukan beligeren | Undang-undang | Tiada | Pendudukan tempat atau kawasan semasa atau bagi tujuan berperang atau bersengketa. |
pacific settlement of disputes | penyelesaian pertelingkahan secara damai | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persetujuan untuk tidak menggunakan cara paksaan dan kekerasan dalam menyelesaikan konflik antara negara yang bersengketa. Langkah menggalakkan negara menyelesaikan pertelingkahan secara damai merupakan sebahagian daripada prinsip utama Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini berkait rapat dengan pengharaman penggunaan kekerasan yang disebut secara jelas dalam piagam tersebut. Antara jenis penyelesaian yang termaktub dalam piagam tersebut termasuklah rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan, timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Walau bagaimanapun, jenis penyelesaian pertelingkahan ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama, iaitu kaedah diplomatik dan kaedah perundangan. Kaedah diplomatik tidak menghasilkan keputusan yang mengikat, manakala kategori perundangan menghasilkan keputusan yang mengikat. Antara jenis penyelesaian pertelingkahan secara damai tersebut, hanya timbang tara dan penyelesaian kehakiman yang mempunyai ciri kaedah perundangan. Jenis penyelesaian per |
armistice | gencatan senjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan pihak berperang menamatkan pertempuran dalam sesuatu peperangan. Gencatan senjata boleh berlaku secara sementara tetapi tidak semestinya bermaksud menamatkan peperangan. Pihak berperang mungkin akan bersengketa semula sebaik sahaja gencatan senjata tamat. Walau bagaimanapun, sekiranya gencatan senjata kekal dapat dicapai, hal tersebut boleh membawa kepada tamatnya peperangan. |
legitimate means | cara sah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cara yang menurut peruntukan undang-undang dan peraturan. Sesuatu norma atau susunan sesuatu institusi diterima sebagai sah jika ia mendapat kelulusan daripada sesuatu komuniti. Cara sah sering dikaitkan dengan demokrasi, keadilan atau pentadbiran yang baik. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, cara sah adalah apabila sesebuah komuniti, seperti mana-mana kesatuan serantau misalnya Kesatuan Eropah atau ASEAN menerima sesuatu amalan itu sebagai sesuatu yang sah. Contohnya, suatu perjanjian yang menetapkan sekiranya terdapat persengketaan antara pihak yang terlibat berkaitan maksud peruntukan dalam sesuatu perjanjian, maka pihak-pihak bersengketa tersebut hendaklah membawa persengketaan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk diselesaikan. Dalam hal ini, sekiranya kedua-dua pihak bersengketa membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, maka hal itu bererti mereka telah menggunakan cara sah untuk menyelesaikan persengketaan. Sebaliknya, sekiranya salah satu pihak bersengketa |