Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ten.tang] | برستنتڠ

Definisi : berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ten.tang] | برستنتڠ

Definisi : berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oppositebersetentangBotaniTiadaBerkenaan dengan corak susunan daun pada batang dengan dua daun keluar daripada satu buku yang berada secara berpasangan dan bersetentangan antara satu sama lain. Corak susunan ini boleh terdiri daripada dekusat dan distik. Lihat juga dekusat, disitik.
decussatedekusatBotaniTiadaBerkenaan dengan susunan daun yang bersetentang dan bersudut tepat dengan pasangan daun yang satu lagi.
distichousdistikBotaniTiadaBerkenaan dengan susunan daun yang bersetentang dan berselari pada satu satah. Contohnya, daun kopi. Bandingkan dekusat.
rhymerimaKesusasteraanTiadaPersamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi.
pararhymepararimaKesusasteraanTiadaPersamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi.
phyllotaxyfilotaksiBotaniTiadaCorak susunan daun pada batang sama ada secara bersetentang, berselang-seli, berumpun atau berpilin. Corak ini penting untuk menentukan pengelasan sesuatu spesies tumbuhan.
antelionantelionMatematikTiadaHalo yang tidak selalu kelihatan, yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari.
countersunantelionMatematikTiadaHalo yang tidak selalu kelihatan yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. Sinonim: antelion.
Mohs' circle of stressbulatan tegasan MohPertanianTiadaGraf yang mewakili komponen-komponen tegasan yang bertindak bersetentang dengan berbagai-bagai satah dan dilukis merujuk kepada paksi-paksi tegasan normal dan tegasan ricih.
opposite leaf testujian daun setentangBiologiPatologiKaedah asai belur setempat yang menggunakan dua helaian daun yang berkedudukan bersetentang antara satu dengan yang lain. Satu daripada helaian tersebut diinokulasi manakala yang satu lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. bdg. ujian daun setengah.
12

Kembali ke atas