floor plan | pelan lantai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lukisan dua dimensi (2-Dimensi) sama ada berskala atau tidak berskala yang menunjukkan pelan bangunan atau ruang yang mengandungi semua elemen dalam bangunan seperti tiang, dinding, pintu, tingkap, perabot dan sebagainya. |
high-throughput method | kaedah keupayaan celusan tinggi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik yang berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan biologi berskala rendah kepada yang berskala tinggi. Kaedah keupayaan celusan tinggi digunakan untuk penyaringan yang lebih berkesan bertujuan menyelidik sistem yang kompleks, yang mempunyai data daripada pelbagai jenis, saiz dan dimensi. |
scale drawing | lukisan berskala | Matematik | Tiada | Lukisan yang mewakili objek sebenar mengikut skala tertentu. Lukisan berskala boleh jadi lebih besar atau lebih kecil daripada objek sebenar. |
lofting | lof | Kejuruteraan | Tiada | Proses memindahkan data atau maklumat daripada lukisan yang berskala kecil ke tamplat yang berskala penuh sebelum proses pemotongan benda kerja dibuat. |
gross-austausch | pertukaran kasar | Sains | Hidrometeorologi | Pertukaran sifat jisim udara dan pengangkutan momentum dan tenaga berkenaan yang dihasilkan pada skala dunia oleh gangguan masuk yang berskala besar di latitud pertengahan. Apabila peredaran atmosfera dianggap sebagai proses golakan berskala besar, siklon dan antisiklon dianggap sebagai pusar yang bertindih di arus angin berzon purata. Kepanjangan campuran, iaitu jarak purata yang di atas pusar gerakan mengekalkan ciri-ciri alam aslinya, mempunyai nilai berhampiran 108 cm. Koefisien pertukaran jisim golakan atau koefisien pertukaran yang merupakan satu pengukuran keamatan proses pertukaran berskala besar dan oleh yang demikian, keamatan peredaran umum mempunyai magnitud antara 105 dan 106 gm/cm saat (dibandingkan dengan nilai kira-kira 102 gm/cm saat bagi golakan berskala kecil. |
pilot scale | skala pandu | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kajian rintis yang berskala kecil untuk menilai kebolehlaksanaan, masa, kos, kesan sampingan dan memperbaik reka bentuk kajian sebelum projek berskala penuh dilaksanakan. |
nanorobotics | nanorobotik | Fizik | Nanoteknologi | Ilmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser. |
nanotube | nanotiub | Fizik | Nanoteknologi | Struktur molekul berskala nanometer berbentuk seperti tiub atau silinder. Terdapat pelbagai jenis nanotiub, antaranya ialah nanotiub karbon, nanotiub inorganik, nanotiub DNA, dan nanotiub membran. Nanotiub mempunyai sifat elektronik, terma dan struktur yang lebar bergantung pada diameter, panjang dan liukan. Nanotiub dapat wujud dalam bentuk dinding tunggal atau dinding berlapis-lapis atau silinder di dalam silinder. Antara penggunaan nanotiub ialah penyimpanan data berkapasiti tinggi, peranti elektronik berskala nano dan sel suria. Lihat juga nanotiub karbon. |
thermohaline circulation (THC) | peredaran termohalin (THC) | Sains Marin | Tiada | Peredaran air laut berskala besar yang dikawal oleh perbezaan ketumpatan air yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air laut. Secara asasnya, peredaran termohalin bermula apabila air di kawasan kutub menyejuk dan tenggelam lalu merebak ke segenap lautan. Aliran ini berterusan dan secara beransur-ansur bergerak ke permukaan dan akan kembali tenggelam apabila tiba di kawasan kutub hingga melengkapkan satu kitaran pergerakan air berskala global. |
scale drawing | lukisan berskala | Matematik | Tiada | Tiada |