bilge water | air bilga | Pelayaran | Tiada | Air yang bertakung dalam bilga hasil dari kebocoran plat kapal, penyejukan, penyaliran dari kargo cecair, bahagian enjin atau hujan. |
lentic habitat | habitat lentik | Biologi | Ekologi | Habitat air bertakung, misalnya tasik, kolam, dan paya. |
hydrocele | hidrosele | Perubatan | Tiada | Bendungan cecair, terutamanya cecair yang bertakung di dalam tunika vaginalis testis. |
Aedes | Aedes | Perubatan | Tiada | Sejenis genus nyamuk, misalnya Aedes aegypti, yang membiak di dalam air bertakung, yang menjadi vektor penyakit demam denggi. Nyamuk ini juga dapat menularkan infeksi filaria. |
limber hole | lubang alir | Kejuruteraan | Tiada | Lubang kecil yang terdapat pada pengukuh plat supaya air atau minyak tidak bertakung. |
intraoperative blood salvage | penyelamatan darah intrabedah | Perubatan | Tiada | Teknik penyelamatan sel darah semasa pembedahan. Darah yang mengalir keluar dan bertakung di kawasan pembedahan disedut, ditapis, dicuci dan dikumpulkan dalam beg darah. Darah ini digunakan semula untuk pesakit tersebut. |
bubble plate | plat gelembung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pemindahan jisim yang menggabungkan kaedah pengendalian menara sembur dan gelembung. Gelembung disuap ke dalam turus melalui sistem plat yang dipasang merentasi turus dan cecair disuap dari bahagian atas turus supaya bertakung di atas plat. Gelembung gas kemudiannya disuap dari bahagian bawah plat ke dalam kolam cecair yang bertakung di atasnya. Unit ini menggabungkan kebaikan menara jenis gelembung dan semburan. |
acid sulphate soil | tanah asid sulfat | Pertanian | Agroteknologi | Tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi termasuk gambut yang terbentuk dalam keadaan air yang bertakung. Tanah ini mengandungi ferum sulfida (Fe2+) atau ferum oksida yang sangat tinggi. Sekiranya dibiarkan, asid sulfat ini tidak memberikan kesan tetapi apabila tanah itu disalirkan dengan merendahkan aras air tanah, sulfida itu akan bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan asid sulfurik. Keadaan ini akan merendahkan pH dan meningkatkan kandungan ferum, aluminium dan logam berat termasuk asenik. Hal ini akan menjejaskan tumbuhan dan bahan kimia itu boleh memasuki sumber air tanah serta membunuh ikan dan organisma akuatik. |
coping material | bahan tukup | Landskap | Tiada | Bahan daripada simen dan bata yang digunakan untuk menutup bahagian atas dinding atau tembok supaya air tidak bertakung. |
problem definition | penentuan masalah | Landskap | Tiada | Persoalan atau isu reka bentuk landskap seperti kawasan terbiar da lam bandar, tempat pembuangan sampah dan kawasan bertakung air yang dikenal pasti dan perlu diselesaikan dalam proses mereka bentuk landskap di sesuatu kawasan. |