Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.ma.dun] | برتمدون

Definisi : 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.ma.dun] | برتمدون

Definisi : sudah maju dlm cara hidup; ber­kemajuan; beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamadun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peradaban, budaya, cara hidup, kemajuan, kemodenan;,
Kata Terbitan : bertamadun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civilisedbertamadunSejarahTiadaBerhubung dengan orang, negara atau bangsa yang mempunyai tingkat kemajuan kehidupannya yang lebih tinggi.
barbaricgasarSejarahTiadaSifat yang kasar, ganas, biadap, dan tidak bertamadun.
barbarousgasarSejarahTiadaBerkaitan dengan kejam, bengis, ganas, dan tidak bertamadun yang diungkapkan dalam ucapan atau tulisan dan perbuatan.
barbaritykegasaranSejarahTiadaPerbuatan atau keadaan yang menggambarkan kekasaran, keganasan, kebiadapan dan tidak bertamadun.
barbarianorang gasarSejarahTiadaOrang atau kumpulan orang yang kasar, biadap dan tidak bertamadun.
ididPsikologiPsikologi UmumStruktur minda ciptaan Freud yang merujuk kepada kuasa yang mengawal tingkah laku berdasarkan kepada desakan untuk memuaskan dorongan asas manusia. Struktur ini dibina daripada dorongan atau desakan biologi seseorang. Id dikatakan bertindak mengikut prinsip pemuasan diri dengan memaksa individu mendapatkan nikmat hidup sepuas-puasnya tanpa menghiraukan etika atau peraturan hidup yang bertamadun.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.

Kembali ke atas