Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.raf] | برطرف

Definisi : mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.raf] | برطرف

Definisi : mem­punyai taraf atau darjat: Jawatan Peguam Negara ~ Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international hotelhotel bertaraf antarabangsaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
international mailmel antarabangsaPentadbiran PerniagaanTiadaMel bertaraf antarabangsa.
amateur playerpemain amaturSukanTiadaPemain yang bertaraf amatur, bukan ahli persatuan skuasy profesional.
new townbandar baruSosiologiTiadaSatu kawasan baharu bertaraf bandar yang dirancang, lengkap dengan kemudahan perumahan dan peluang pekerjaan yang biasanya diwujudkan untuk mengatasi limpahan pembangunan atau sebagai pusat pertumbuhan.
consortium bankbank konsortiumEkonomiTiadaSekumpulan bank yang biasanya bertaraf antarabangsa, yang ditubuhkan untuk memberi pinjaman jangka masa sederhana dalam jumlah yang besar bagi keperluan pelanggan antarabangsa.
national advertising ratekadar pengiklanan kebangsaanKomunikasiKorporatJumlah bayaran ruang pengiklanan yang bertaraf kebangsaan. Jumlah bayaran ini biasanya standard dan lebih tinggi daripada bayaran ruang iklan di peringkat tempatan. Hal ini kerana ruang lingkup pengedaran iklan lebih luas dan biasanya dikaitkan dengan barangan yang lebih berjenama.
data levelaras dataKomputerTiadaTaraf atau nombor rujukan yang digunakan untuk menentukan kedudukan data dalam struktur data bertaraf.
second boardpapan keduaPentadbiran PerniagaanTiadaSatu daripada papan penyenaraian bursa saham di Malaysia yang dikendalikan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur untuk syarikat-syarikat bertaraf sederhana yang mempunyai modal berbayar kurang daripada 20 juta.
Ministerial ConferencePersidangan Peringkat MenteriUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan tertinggi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota yang biasanya bertaraf menteri perdagangan. Persidangan ini mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara berkaitan WTO dan bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
General Council of WTOMajlis Umum WTOUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang biasanya bertaraf duta. Badan ini bertindak sebagai eksekutif kepada Persidangan Peringkat Menteri apabila Persidangan Peringkat Menteri tidak bersidang. Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persidangan Peringkat Menteri.
12

Kembali ke atas