butt pad | ladam joran | Perikanan | Tiada | Kepingan yang diperbuat daripada kulit atau getah yang diikat pada pinggang pemancing. Ladam joran merupakan tempat meletakkan hulu joran semasa pemancing bertarung dengan ikan yang bersaiz besar. Semasa bertarung, ladam joran menjadi tempat untuk menahan tekanan hulu joran dan meringankan tekanan kepada pinggang pemancing. Alat ini digunakan oleh pemancing yang memancing untuk tempoh yang lama. |
disputant | penikai | Sejarah | Tiada | Orang yang bertarung, berdebat atau berhujah dalam satu perbahasan atau persengketaan. |
musical | muzikal | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang. |
backing line | tali sokongan | Perikanan | Tiada | Tali yang dililit sebanyak 10 hingga 12 kali pada kekili sebelum tali pancing layang disambung. Tali sokongan bertindak sebagai tali tambahan sekiranya tali yang lebih panjang diperlukan semasa bertarung dengan ikan bersaiz besar. |
marlin/billfish | mersuji | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan laut daripada famili Istiophoridae, genus Makaira yang terdapat di laut tropika. Ikan ini mempunyai sirip dorsal bersaiz sederhana dan muncung yang panjang. Mersuji digemari pemancing kerana sifat ikan ini yang kuat bertarung. |
dolphin fish/mahi-mahi | belitung | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Coryphaenidae, spesies Coryphaena hippurus, iaitu sejenis ikan yang berbadan panjang, kepala berbentuk bulat dan berwarna hijau kebiru-biruan. Belitung sangat berpotensi dalam sukan rekreasi kerana tabiatnya sebagai pemangsa yang suka bertarung dengan pemancing. Belitung hampir-hampir menyerupai ikan lumba-lumba. Sinonim dorado. |
sport fishing/gamefishing | sukan memancing | Perikanan | Tiada | Aktiviti memancing yang dilakukan untuk tujuan rekreasi atau pertandingan. Aktiviti ini memberikan nilai kesukanan semata-mata dan bukan untuk tujuan komersial. Bagi penggemar sukan memancing, aktiviti ini memberikan cabaran kepada pemancing untuk mendapatkan ikan dan kepuasan tercapai apabila pemancing dapat bertarung dengan ikan yang memakan umpan. Sinonim perikanan rekreasi. |
blue marlin | mersuji biru | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot. |