Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tau.bat] | برتوبة

Definisi : 1. menyesal dan berazam memperbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tau.bat] | برتوبة

Definisi : meminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: Selepas ~, barulah ia pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taubat
Kata Terbitan : bertaubat, menaubatkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ta‘zir malitakzir hartaPerniagaan IslamTiadaHukuman berbentuk harta yang bertujuan mencegah dan menghalang sesuatu kesalahan yang telah dilakukan. Bentuk hukuman ini boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama, menahan harta pesalah dalam tempoh tertentu, kemudian harta tersebut dikembalikan setelah bertaubat dan tidak akan mengulangi kesalahan, seperti menyita kedai yang tidak membayar cukai. Kedua, melupus atau memusnahkan barang milik pesalah seperti mesin memproses dadah. Ketiga, mengenakan kompaun seperti denda kepada peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada produk jualan.

Kembali ke atas