Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sulmahbenang sulmahKesenianTiadaBenang gimpal berteraskan sutera yang digunakan untuk menyulam topi dan selipar di Pakistan.
foam core boardbod busaKesenianTiadaBod yang berteraskan busa.
ecotourismekopelanconganPerikananTiadaAktiviti rekreasi dan pelancongan yang berteraskan alam semula jadi. Dalam aktiviti ini, pelancong bertanggungjawab memelihara ekosistem semula jadi daripada pelbagai kerosakan. Aktiviti ini mampu menjana ekonomi kepada penduduk setempat. Antara aktiviti ekopelancongan termasuklah aktiviti di pantai, pulau, tasik, gua, hutan dan tanah tinggi.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
e-businesse-niagaPentadbiranTiadaPendekatan atau bentuk perniagaan yang berteraskan teknologi moden secara elektronik. Pendekatan baru ini menggunakan internet sebagai medium perantara dalam urusan perniagaan seperti pemasaran dan pengiklanan produk, perkhidmatan, artikel, berita dan sebagainya. Contohya, syarikat yang menggunakan pendekatan e-niaga akan mewujudkan laman web tersendiri untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan boleh dilayari oleh masyarakat di seluruh dunia. Pendekatan ini merupakan kaedah perniagaan yang cukup efisien dan interaktif dengan kos yang paling minimum.
computer-base information systemsistem maklumat berkomputerTeknologi MaklumatTiadaSistem maklumat berteraskan komputer membantu kerja dan urusan pejabat.
debt security publicationpenerbitan sekuriti hutangEkonomiEkonomi IslamProses penerbitan instrumen berteraskan hutang dengan operasi yang berlandaskan syariah Islam. Setiap penerbitan akan menjadi tanggungan kepada pengeluar yang terdiri daripada syarikat atau kerajaan. Syarikat akan menerbitkan hutang ini untuk mendapatkan dana modal dan memperbaik kecairan, manakala bagi kerajaan pula, penerbitan sekuriti ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan. Syarikat yang ingin menerbitkan sekuriti hutang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti seperti keperluan minimum dana pemegang saham syarikat, tujuan penerbitan dan prospektus syarikat.
electromagnetelektromagnetTeknikElektrikMagnet yang dihasilkan apabila arus mengalir melalui gegelung yang berteraskan bahan magnet, seperti besi lembut, dan akan hilang daya kemagnetannya apabila arus diputuskan. Misalnya, gegelung pada loceng elektrik.
induced magnetismkemagnetan teraruhTeknikElektrikKemagnetan yang dihasilkan dengan mengalirkan arus dalam gegelung berteraskan bahan magnet yang hendak dijadikan magnet kekal atau denan cara tindak balas magnet kekal terhadap bahan magnet yang belum menjadi magnet. Tindak balas ini boleh dilakukan sama ada dengan meletakkan magnet berhampiran bahan magnet atau menggosokkan magnet padanya.
1234

Kembali ke atas