tuberous root | akar berubi | Pertanian | Tiada | Tiada |
root vegetable | sayur-sayuran berubi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jenis sayuran berupa bahagian akar di bawah tanah suatu tanaman yang boleh dimakan, seperti ubi kayu dan lobak. |
root vegetable | sayur-sayuran berubi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jenis sayuran berupa bahagian akar di bawah tanah suatu tanaman yang boleh dimakan, seperti ubi kayu dan lobak. |
root crop | tanaman umbisi | Veterinar | Tiada | Tanaman berubi seperti ubi kayu, keledek dan kentang. Di Asia Tenggara, ubi kayu dan keledek ditanam untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, kandungan proteinnya rendah. Ubi diproses sama ada diracik atau dijadikan tepung sebagai makanan ternakan. Selain itu, bahagian daun juga sering dijadikan makanan ternakan. |
Smilax calocarpa | kerancang besi | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae yang dikenali juga sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang yang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya berbentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akarnya mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan. |
Smilax calocarpa | Kerancang besi, rancang tembaga, itah besi | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae juga dikenali sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya bentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akar mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan. |
flat grater | parut leper | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat daripada besi, berbentuk leper dan bergigi halus untuk memarut buah-buahan atau sayuran berubi. |