Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : bermusuhan, berseteru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : larva katak atau kodok yg mempunyai badan yg bulat, panjang ekornya, dan insang luar; ~ besar di kubangan, buaya besar di lautan prb tiap-tiap orang besar di tempatnya; kerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan prb tiada berdaya mencapai yg dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : anak katak yg masih menyerupai ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udu (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, seteru, lawan, saingan, tentangan, tandingan;,
Kata Terbitan : berudu,

Peribahasa

Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar,
     awak masih juga di kubangan.

Bermaksud :

Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jala rintik anak berudujala rintik anak beruduKesenianTiadaCorak batik berunsur haiwan bermotif anak berudu.
tadpole shrimpudang beruduPerikananTiadaTiada
tadpole-like larvalarva bak beruduVeterinarTiadaTiada
spiraclespirakelBiologiHistologi dan Sitologi1 Bukaan seperti yang terdapat pada farinks yang pertama (belahan visera), brankum lateral berudu, dan peparu buku. 2 Laluan brankium yang terletak di antara arka hioid dengan mendibel pada ikan. 3 Lubang nasal pada Cetacea. 4 Lubang pernafasan bagi serangga dan miriapod, atau yang terdapat di belakang mata elasmobrank. 5 Lima bukaan di sekeliling mulut pada Blastoidea. spirakulum.
bacteriophagebakteriofajBioteknologiTiadaVirus yang berperumah bakteria dan menjangkiti strain bakteria tertentu atau strain lain yang berkaitan. Virus yang terbina daripada DNA yang diselaputi lapisan protein ini berbentuk berudu dengan kepalanya berbentuk bulat atau bersegi dan ekornya digunakan untuk pelekatan. faj.
spermatozoaspermatozoaVeterinarPraklinikalSel germa jantan yang terhasil daripada perkembangan spermatid melalui proses spermiogenesis. Spermatid berbentuk bulat ini akan hilang sebahagian besar sitoplasmanya untuk menjadi spermatozoa yang berbentuk berudu. Spermatozoa terbahagi kepada kepala; bahagian tengah dan ekor. Kepala yang bernukleus mengandungi maklumat genetik. Bahagian tengah mengandungi mitokondria yang membekalkan tenaga untuk pergerakan. Ekor pula menggerakkan spermatozoa.
thyroid hormonehormon tiroidBiologiFisiologiHormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid, iaitu tiroksina dan tri-iodotiroksina. hormon ini mengandungi iodin dan berfungsi meningkatkan proses pengoksidaan di dalam badan dan memulakan beberapa proses lain, misalnya metamorfosis pada berudu.
thyroid glandkelenjar tiroidBiologiHistologi dan SitologiKelenjar endokrin di leher vertebrat yang merembeskan hormon yang mengandungi iodin tiroksin dan triiodotironin. Hormon ini meningkatkan kadar pengoksidaan di dalam b adan dan bertindak sebagai pemula proses metamorfosis berudu. pada mamalia, kelenjar ini merembeskan kalkitonin.
labial hookscangkuk labiumBiologiEntomologiCangkuk atau duri pada palpa labium nimfa sesibur atau pepatung (Odonata). Pada serangga ini, keseluruhan labiumnya mebentuk organ pencengkam yang diperbesar dan dikenal sebagai topeng. Organ ini dapat dilepaskan keluar dengan cepat untuk menangkap berudu atau haiwan lain.

Kembali ke atas