Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wa.wa.san] | برواوسن

Definisi : mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi; sememangnya dia seorang pemimpin yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wa.wa.san] | برواوسن

Definisi : mempunyai wawasan: Beliau disanjung dan merupakan pemimpin yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwawasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visionary leadershipkepimpinan berwawasanPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan yang digunakan oleh pentadbir dalam pengurusan organisasi berlandaskan perancangan strategik untuk mencapai suatu matlamat dan hala tuju yang jelas dalam jangka masa panjang. Kepimpinan berwawasan meliputi usaha perancangan piagam syarikat, misi dan visi di samping pengamalan nilai, budaya dan etika kerja yang positif. Antara impak positif daripada kepimpinan berwawasan ialah perancangan yang mantap, strategi pelaksanaan yang jelas serta penggunaan teknologi moden sesuai dengan peredaran zaman.

insightful counter-suggestionsaranan balas berwawasanPsikologiTiadaTiada
Art DecoArt DecoKesenianSeni BinaGaya seni yang bermula dari tahun 1920-an yang diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan bahan sintetik seperti plastik. Gaya seni ini bermotifkan corak geometri dan menggunakan warna terang dan jelas. Gaya Art Deco dianggap sebagai gaya yang berwawasan dan termasuk dalam gaya moden. Contoh bangunan yang bercirikan gaya Art Deco ialah puncak menara bangunan Chrysler, yang dibina antara tahun 1928-1930. Di Malaysia, contoh bangunan yang mempunyai ciri Art Deco ialah Bangunan Institute Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kembali ke atas