initiation codon | kodon permulaan | Bioteknologi | Tiada | Jujukan khusus bes-bes (AUG atau GUC) yang mempunyai molekul tRNA yang membawa residu metionina terikat dalam langkah pertama sintesis protein. |
sequence analysis | analisis jujukan | Sains Forensik | Tiada | Penentuan turutan bes-bes nukleotida dalam molekul DNA atau jujukan asid amino dalam suatu protein. Dalam pemeriksaan DNA forensik yang berdasarkan teknologi RFLP atau STR, turutan DNA pada lokus yang dipilih dianalisis untuk membezakan antara individu. Lihat juga RFLP, STR. |
gene sequencing | penjujukan gen | Bioteknologi | Tiada | Teknik yang digunakan untuk menentukan jujukan bes-bes dalam DNA yang mengekod sesuatu polipeptida. |
base | bes | Kimia | Tiada | Sebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan OHˉ (bes Arrhenius0, dan sebatian yang menerima H+ (bes Lowry-Bronsted); misalnya, Na-OH dan NH3. Bes juga dapat ditaktifkan sebagai sebatian yang menderma sepasang elektron bebas (bes Lewis), misalnya NH3 dan OTˉ. Bes terbahagi kepada bes kuat dan bes lemah. Larutan bes rasanya pahit, mempunyai pH lebih daripada 7, menukarkan kertas litmus merah kepada biru, dan bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air. |
ribonucleic acid | asid ribonukleik | Kimia | Biokimia | Sekumpulan polimer asli yang terdiri daripada unit-unit fosfat dan D-ribosa yang berselang-seli dengan bes-bes adenina, guanidina, sistosina dan urasil yang terikat pada satu kedudukan ribosa dan membentuk suatu rantai panjang. Asid ini terdapat di dalam sel-sel hidup dan mempunyai fungsi genetik. Terdapat empat jenis asid ini, iaitu RNA pengutus, RNA ribosom, RNA pemindah dan RNA viral. |
deoxyribonucleic acid | asid deoksiribonukleik | Kimia | Biokimia | Asid nukleik yang mengandungi maklumat gen dan histon, dan menjadi kromosom dalam organisma peringkat tinggi. Asid ini merupakan polinukleotida yang mempunyai gula 2-deoksi-D-ribosa dan bes-bes adenina, guanina, sitosina dan timina. |
Bes | Bes (Tuhan) | Sejarah | Tiada | Tiada |
base pair | pasangan bes | Sains Forensik | Tiada | Dua bes yang saling melengkapi yang dihubungkan oleh ikatan kimia. Pasangan bes ini terdiri daripada A (adenina) dengan T (timina) dan C (sitosina) dengan G (guanina) dalam DNA. Dalam RNA, pasangan besnya ialah A (adenina) dengan U (urasil) dan C (sitosina) dengan G (guanina). Analisis ulangan pasangan bes sama ada dwinukleotida (dua pasang bes), trinukleotida (tiga pasang bes), tertanukleotida (empat pasang bes) atau pentanukelotida (lima pasang bes) pada lokasi tertentu dijadikan asas dalam pemprofilan DNA berdasarkan ulangan tandem pendek. |
base analog | analog bes | Sains Forensik | Tiada | Bahan yang mempunyai struktur yang serupa dengan salah satu daripada bes DNA (adenina, guanina, timina dan sitosina) ataupun RNA (adenina, guanina, urasil dan sitosina) dan boleh membentuk pasangan dengan bes pelengkap. Contoh analog bes ialah 5-bromourasil (5BU) yang boleh menggantikan timina untuk membentuk pasangan bes dengan adenina dalam DNA. Analog bes seperti ini akan mengubah turutan DNA dalam replikasi berikutnya dan dikatakan sebagai salah satu agen mutagen. |
base substitution | penggantian bes | Biologi | Genetik | Penggantian satu pasangan bes dengan satu pasangan bes yang lain di dalam DNA. |