basic metal industry | industri logam asas | Ekonomi | Tiada | Industri pengeluaran barang besi dan keluli yang asasnya daripada bahan mentah, termasuk peleburan besi waja, besi bilet, jongkong besi, kepingan dan batang besi, faundri besi, dan paip besi. |
capstan bar | palang kapstan | Sukan | Tiada | Besi atau kayu yang dimasukkan ke dalam lubang kepala kapstan untuk memusingkannya dengan menolak besi-besi tersebut. |
mertas | mertas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Ctenolophon parvifolius daripada famili Linaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah besi-besi, dan di Sarawak ialah lituh. Gubal kayu mertas sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan, tetapi sukar diproses. Kayu mertas sesuai untuk kerja binaan sederhana, tiang, lantai parket, dan lantai kegunaan lasak. |
gridiron | palang besi; kekisi besi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Besi berkisi untuk memanggang makanan di atas dapur arang. |
Smilax calocarpa | Kerancang besi, rancang tembaga, itah besi | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae juga dikenali sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya bentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akar mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan. |
moving iron type meter | meter jenis besi bergerak | Teknik | Elektrik | Meter yang jarumnya dikendalikan oleh besi yang bergerak. Besi ini digerakkan sama ada secara tarikan atau tolakan kemagnetan. Meter jenis tarikan akan menarik besi yang disambungkan pada jarum meter ke dalam gegelung yang tetap. Meter jenis besi bergerak ini memberi bacaan nilai berkesan dan sesuai untuk kegunaan bekalan arus ulang-alik atau arus terus. |
wrought iron | besi tempa | Kimia | Tiada | Besi dagangan yang kandungan karbonnya rendah dan mengandungi sanga cecair, terutamanya ferum silikat. Besi ini diperoleh melaui peleburan besi jongkong dengan ferum oksida untuk menyingkirkan karbon, dan diikuti dengan penukulan logam pepejal panas yang terhasil untuk menyingkirkan cairan sanga. Besi ini sukar berkarat serta dapat ditempa dan dikimpal. Besi tempa digunakan untuk membuat pagar dan rantai besi. |
besi | besi | Keris | Tiada | Bahan logam yang digunakan untuk membuat keris. |
grille | gril | Kesenian | Seni Bina | Kekisi pada bukaan tingkap atau pintu yang berfungsi sebagai elemen keselamatan dan hiasan. Gril dibuat daripada besi tetuang, besi lembut atau besi tahan karat. |
besi balitung | besi balitung | Keris | Tiada | Besi yang berwarna hitam kecoklat�coklatan dan tidak mempunyai campuran bahan asing. |