Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doekambing betina; rusa betinaVeterinarTiadaTiada
hen hacklebulu ayam betinaPerikananTiadaBulu daripada badan ayam betina yang digunakan untuk membuat umpan serangga tiruan. Bulu ayam betina biasanya lembut, lebar, cantik dan mudah terendam di dalam air.
embryo transferpemindahan embrioBioteknologiTiadaTeknik memindahkan embrio daripada betina penderma kepada betina penerima yang kemudiannya bertindak sebagai ibu tumpang bagi perkembangan embrio tersebut.
birthlahir; kelahiranPerubatanTiada2. Perbuatan atau proses membawa keluar anak dari haiwan betina, biasanya dari mamalia betina.
reproductive colourwarna pembiakanBiologiEkologiWarna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang.
sex parasitismparasitisme seksBiologiEkologiParasitisme apabila jantan atau betina menjadi parasit terhadap yang satu lagi. Misalnya, cacing Bonellia betina membawa cacing Bonellia jantan yang halus di dalam uterusnya, dan dengan cara ini cacing jantan secara langsung bergantung pada betina untuk mendapatkan makanan.
fertilization tubetiub persenyawaanBiologiMikologiTiub yang berasal daripada gametangium jantan dan menembusi dinding gametangium betina. Gamet jantan masuk melalui tiub ini ke dalam gametangium betina untuk bersatu dengan gamet betina.
Bruce effectkesan BruceVeterinarPraklinikalMuslihat rodensia jantan atau babi jantan untuk menyekat kebuntingan betina daripada pengawanan jantan sebelumnya. Muslihat ini menyebabkan betina estrus semula. Kesan ini tidak berlaku sekiranya jantan kembiri atau jantan belum matang dicampurkan dengan betina bunting.
female pronucleuspronukleus betinaBiologiGenetikNukleus haploid gamet betina yang berfungsi dalam singami.
pistillate flowerbunga betinaPertanianAgronomi

Bunga yang mempunyai pistil atau organ betina sahaja. Contohnya, jagung dan kurma.

12345678910...

Kembali ke atas