fibular nerve | saraf fibula | Veterinar | Praklinikal | Saraf yang membekalkan otot paha dan betis. Saraf ini terdiri daripada saraf fibula superfisial dan saraf fibula dalam. |
genu varum | genu varum | Perubatan | Tiada | Kecacatan yang berlaku apabila kedua-dua belah lutut terlalu berjauhan di antara satu sama lain dan betis melengkung ke dalam. Kecacatan ini mungkin berlaku di bahagian paha atau betis atau kedua-duanya sekali. Sin: pengkar luar |
central neural block | sekatan saraf pusat | Perubatan | Tiada | Prosedur anestesia sebahagian yang dilakukan untuk menyekat fungsi saraf tunjang yang merujuk kepada anestesia spina dan anestesia epidura. Prosedur ini biasanya digunakan untuk melegakan kesakitan akut dan kronik serta untuk pembedahan tertentu seperti pembedahan Caesarean, pundi kencing, prostat, pembedahan di bahagian perineum dan pembedahan yang melibatkan tungkai, iaitu paha, betis dan kaki. |