Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar] | بيار

Definisi : 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar] | بيار

Definisi : 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antithetical contradictive/antithetis contradictiveantitetis kontradiktifKesusasteraanTiadaSatu ragam gaya bahasa yang berlawanan atau berbeza. Contoh: Biar mati anak, Jangan mati adat ; Adat dipakai baru, Kain dipakai usang ; Dianjak layu, Direbus mati.
distributiontaburanMatematikTiadaFungsi yang menggambarkan kebarangkalian sesuatu pemboleh ubah rawak mengambil nilai-nilai tertentu. Katalah X suatu pemboleh ubah rawak yang mengambil nilai-nilai nyata. Biar R menandakan set semua nombor nyata. Bagi A ⊆ R, P (X ∈ A) mewakili kebarangkalian bahawa nilai X terletak dalam A. Taburan bagi pemboleh ubah rawak X bermaksud bagaimana nilai P (X ∈ A) berubah dengan set A. Jika X ialah pemboleh ubah rawak jenis diskret, taburan X memang ditetapkan oleh nilai P (X = u) bagi semua u ∈ R. Fungsi f(u) = P (X = u) bagi u ∈ R dikenali sebagai fungsi ketumpatan kebarangkalian bagi X. Jika X ialah jenis selanjar, fungsi F (x) = P (X ≤ x) bagi x ∈ R dapat menentukan taburan X; F dikenali sebagai fungsi taburan bagi X.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.

Kembali ke atas