biochemical warfare | perang biokimia | Undang-undang | Tiada | Peperangan yang menggunakan bahan biokimia atau menggunakan senjata yang mengandung bahan-bahan biokimia. |
biochemical genetic | genetik biokimia | Kimia | Tiada | Proses mengkaji gen secara biokimia. |
carbonaceos oxygen demand | keperluan oksigen biokimia berkarbon | Kejuruteraan | Tiada | Keperluan oksigen yang dikenakan semasa ujian BOD yang disebabkan oleh pengoksidaan biokimia karbon sahaja. |
electrophoresis | elektroforesis | Kimia | Biokimia | Kaedah pengasingan zarah atau makromolekul bercas dengan menggunakan medan elektrik. Kaedah ini lazim digunakan dalam bidang biokimia untuk mengasingkan makromolekul seperti protein dan asid nukleik. |
enzyme | enzim | Kimia | Biokimia | Zat organik kompleks yang dihasilkan oleh sel hidup dan berfungsi sebagai mangkin dalam sesuatu tindak balas biokimia. Zat ini mempunyai tindakan khusus dan kegiatan optimum pada nilai pH tertentu. Enzim dikelaskan berdasarkan jenis tindak balas, seperti oksido-reduktase, transferase, hidrolase, liase, isomerase dan ligase. |
carbonaceous biochemical oxygen demand | keperluan oksigen biokimia berkarbon | Kejuruteraan | Tiada | Keperluan oksigen yang dikenakan semasa ujian BOD yang disebabkan oleh pengoksidaan biokimia karbon sahaja. |
aldose | aldosa | Kimia | Biokimia | Kumpulan monosakarida polihidroksi aldehid atau terbitannya yang mengandungi kumpulan aldehid pada C-1. Monosakarida pentosa dan heksosa, seperti D-glukosa, penting dalam biokimia. |
bod (biochemical oxygen demand) | bod (permintaan oksigen biokimia) | Hidrologi | Tiada | Indeks pencemaran air yang menunjukkan kandungan bahan di dalam air yang boleh reput secara biokimia. |
lactase | laktase | Kimia | Biokimia | Enzim yang terdapat di dalam rembesan dan lendir usus kecil yang memangkini penghasilan glukosa dan galaktosa daripada fruktosa. Enzim ini sering digunakan dalam penyelidikan biokimia. |
glucagon | glukagon | Kimia | Biokimia | Hormon yang dihasilkan oleh sel alfa daripada kelompok Langerhan dan mukosa perut. Hormon ini meninggalkan kesan yang berlawanan dengan kesan insulin, dan digunakan dalam perubatan dan penyelidikan biokimia. |