Weber bureaucracy | birokrasi unggul Weber | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Birokrasi dalam bentuk abstrak yang dihasilkan oleh Max Weber sebagai alat analisis atau panduan kepada membentuk satu birokrasi yang baik. Birokrasi yang bersifat ideal seperti ini tidak wujud dalam alam nyata tetapi dibayangkan keadaannya yang sempurna sebagai bimbingan kepada pejabat sebenar bagi membentuk birokrasi mereka. Ia memberi beberapa ciri yang terlalu rasional seperti kenaikan pangkat berasaskan produktiviti, pegangan kepada hubungan impersonaliti dan menolak faktor personal, kewujudan peraturan kerja secara bertulis, kerja mengikut masa yang tepat, kecekapan yang tinngi dan dengan itu pekerja malas dibuang, amalan pembahagian kerja yang jelas dan sistem hierarki serta autoriti yang terperinci. Meskipun keadaan ini hanya bersifat mental construct dan tidak bersifat nyata ia bagaimanapun baik untuk menjadi panduan kepada satu pengurusan yang cekap dan kemas. |
bureaucracy performance | prestasi birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tahap pencapaian mutu kerja dan pelaksanaan bidang tugas dalam organisasi pentadbiran. Tahap ini boleh diukur bagi menilai peranan dan fungsi birokrasi dalam mencapai sasaran. Prestasi birokrasi yang efisyen dan efektif akan membawa kepada kemajuan perkhidmatan dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh itu, tahap dan pencapaian birokrasi perlu dinilai, diselenggara dan ditingkatkan dari masa ke semasa, khususnya dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh, pengiktirafan sijil ISO boleh dianggap sebagai memenuhi tahap prestasi birokrasi yang cemerlang. |
bureaucracy ideology | ideologi birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Fahaman atau pendekatan dalam merancang dan melaksanakan proses pentadbiran dan pengurusan organisasi. Ideologi birokrasi merupakan satu pegangan yang diterapkan oleh pemimpin dan menjadi kerangka utama dalam proses pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan. Ideologi birokrasi biasanya melibatkan proses pentadbiran organisasi, kerajaan atau negara yang kompleks kerana mencakupi pelbagai jabatan atau bahagian. Ideologi birokrasi juga melibatkan pelbagai proses peraturan dan undang-undang. Antara faktor yang mempengaruhi pembentukan ideologi birokrasi ialah gaya kepimpinan, kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman dalam pentadbiran serta kepakaran dalam aspek kemanusiaan. |
bureaucratic secrecy | kerahsiaan birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara penting dalam organisasi yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi termasuklah dokumen, maklumat, data dan bahan rasmi yang berbahaya untuk didedahkan tanpa kebenaran kerana boleh mengancam keselamatan organisasi serta menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan awam dan negara. Kerahsiaan birokrasi penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan dokumen kepada pihak luar khususnya pihak musuh yang senantiasa mencari kelemahan sesebuah organisasi mahupun negara demi untuk kepentingan mereka. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi akan dilabelkan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’. |
bureaucratic leader | pemimpin birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya. |
bureaucracy | birokrasi | Pengurusan | Perancangan | Suatu sistem kawalan dalam organisasi yang dibentuk oleh pengurusan atasan untuk menjadi peraturan pentadbiran yang rasional dan sistematik. Tujuan birokrasi diwujudkan adalah untuk menyelaraskan dan mengarahkan aktiviti kerja setiap individu mengikut hierarki dan posisi jawatan dalam organisasi dalam urusan pentadbiran. Sistem ini juga ketara dalam sektor perkhidmatan dan pentadbiran awam. Contoh pelaksanaan birokrasi lebih jelas dilihat pada carta organisasi yang menunjukkan kedudukan jawatan individu dalam organisasi dan aliran kawalan aktiviti kerja. Sistem ini lebih berkesan bagi menggembleng tenaga kerja dalam organisasi yang besar dan bilangan pekerja yang ramai. |
bureaucratic corruption | penyelewengan birokrasi | Pentadbiran | Tiada | Lihat rasuah birokrasi. |
red tape | pita merah;birokrasi | Sejarah | Tiada | Prosedur birokrasi khusus yang mempunyai banyak peraturan yang memerlukan penelitian yang rapi yang melambatkan satu proses pentadbiran. |
slashed red tape | birokrasi terhapus | Pentadbiran | Tiada | Tindakan menghapuskan birokrasi. |
modern bureaucracy | birokrasi moden | Pentadbiran | Tiada | Bentuk pentadbiran dan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan mengambil kira unsur-unsur pembaharuan berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku. Birokrasi moden juga merangkumi corak pembahagian autoriti atau kuasa tanggungjawab pengurusan dalam organisasi, seperti pemencaran kuasa yang dibuat oleh peringkat atasan terhadap para pengurus yang bertanggungjawab terhadap jabatan atau bahagian masing-masing. Brokrasi moden juga melibatkan amalan sistem organisasi yang lebih terbuka dan peka terhadap kehendak dan keperluan semasa. Contoh elemen birokrasi moden ialah jaringan yang lebih banyak antara organisasi, peraturan dan kawalan yang tidak mengongkong kakitangan, penyaluran maklumat yang lebih telus untuk memudahkan kakitangan, kemudahan yang lebih banyak dan penggunaan teknologi terkini |