bromine water | air bromin | Kimia | Tiada | Larutan akueus bromin yang tepu, yang digunakan sebagai reagen apabila larutan bromin cair diperlukan. |
bromine value | nilai bromin | Kejuruteraan | Petroleum | Bromin di dalam ukuran sentigram yang dapat diserap oleh 1 gram minyak dalam keadaan tertentu (suhu, tekanan dan sebagainya). Ujian nilai bromin dilakukan untuk menguji darjah kurangantepuan minyak. |
bromine poisoning | keracunan bromin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera |
bromine index | indeks bromin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Skala yang digunakan untuk menunjukkan jumlah kandungan bromin di dalam sampel. Kaedah penentuannya diberikan dalam ASTM D-2710. ASTM ialah singkatan bagi �American Society of Testing Materials�. |
brominism | brominisme | Perubatan | Tiada | Keracunan akibat terdapat bromin atau sebatian yang mengandung bromin yang berlebihan di dalam badan. |
bromine test | ujian bromin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ujian untuk menentukan darjah ketaktelapan sampel petroleum. Kaedah penentuan diberikan dalam ASTM D-1159. ASTM ialah singkatan bagi American Society of Testing Materials. Semakin rendah kadar penyerapan bromin, semakin berparafin sampel. |
bromine | bromin | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol Br, nombor atom 35, berat atom 79.904, nombor pengoksidaan +1, -1, +5, -5 dan +6, takat beku –7.3oC, takat didih 58.8oC, berbentuk cecair merah gelap, baunya merengsakan, mudah terbakar, kaustik, sangat beracun dan larut di dalam pelarut organik. bromin terdapat semula jadi di dalam air laut, dan diekstrak secara pengoksidaan garam bromin dengan menggunakan klorin. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan etilena dibromida dan sebagai agen peluntur, pelarut, bahan uji dan ubat-ubatan. |
bromine | bromin | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
bromine | bromin | Perubatan | Tiada | Unsur bukan logam berbentuk cecair berwarna merah tua, simbol Br, nombor atom 35 dan berat atom 79.91. |
bromine | bromin | Geologi | Tiada | Unsur bukan logam berbentuk cecair berwarna merah tua, simbol Br, nombor atom 35 dan berat atom 79.91. |